18 Jun 2016

ALBUM MOTIVASI DAN ZIKIR-KU MOHON

ALBUM MOTIVASI DAN ZIKIR-KU MOHON





Alhamdulillah !!! Kini Anda Boleh Mendengar Lagu KU MOHON Yang Dinyanyikan Oleh USTAZ FADLY SAMIN FEAT SALLEH BROTHERS Di Youtube Dalam Bentuk Official Lyrics Video !!! Ayuh Semua !!! Jom Sama-Sama Kita Mendengar Dan Hayati Lagu Ini Yang Pasti Menyentuh Perasaan Setiap Pendengar !!! Anda Inginkan Lebih Lagi !!! Jom Dapatkan Album KU MOHON Yang Mempunyai 8 Track Iaitu Selawat Inang,Monolog,Perkongsian Dan Zikir Hasbiyaallah Yang Pasti Mampu Mengalirkan Air Mata Setiap Pendengar !!! Antara Lagu Hits Di Dalam Album Ini Selain Dari KU MOHON Adalah Lagu Yang Bertajuk "BANGKITLAH" !!! Lagu Ini Menggabungkan Pelbagai Elemen !!! Kenapa ??? Terkejut !!! Apa Yang Anda Tunggu Lagi !!! Jom Dapatkan Album KU MOHON Sekarang !!! Untuk Tempahan,Sila Hubungi Di Talian : 017-8824706 Atau Anda Boleh Mengisi Borang Di Bawah :-

Apa Tunggu Lagi !!!

Jom Dapatkan Album KU MOHON Sekarang !!!
  


9 Jun 2016

UCAPAN SAMBUTAN MENYAMBUT BULAN RAMADAHAN

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAHAN AL-MUBARAK



Kami Daripada Pihak Jazim Motivation Group (JMG)Consultant Malaysia Ingin Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak Dan Selamat Berpuasa Kepada Seluruh Muslimin Dan Muslimat Serta Kami Ingin Memohon Kemaafan Jika Ada kekhilafan Dari Kami Warga JMG !!! Semoga Ramadhan Kali Ini Dapat Menjadikan Kita Semua Umat Islam Yang Lebih Cemerlang Dan Bertaqwa Kepada Allah !!! Insyaallah !!! JMG GERBANG DAKWAH DAN MOTIVASI ANDA !!!

SEMINAR 'AKU ANAK-ANAK IDAMAN IBU & AYAH' SERTA BENGKEL AL-FATIHAH & PERFECT SOLAT 2016

SEMINAR 'AKU ANAK-ANAK IDAMAN IBU & AYAH' SERTA BENGKEL AL-FATIHAH & PERFECT SOLAT 2016 


          Jazim Motivation Group (JMG) Consultant Malaysia yang merupakan syarikat perunding motivasi & pembangunan insan telah menganjurkan dua program cuti sekolah iaitu Seminar Aku Anak-anak Idaman Ibu & Ayah dan Bengkel Al-Fatihah & Perfect Solat 2016 baru-baru ini.




Pada 29 Mei Yang Lalu, Seramai 300 Peserta Telah Mengikuti Seminar Aku Anak-anak Idaman Ibu & Ayah Yang Mana Menampilkan 5 Motivator Hebat iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin Selaku Perunding Utama JMG Consultant Malaysia, Ustaz Hanuar Bin Mohd Talib (Motivator Jemputan JMG), Da’I Azam Al-Kankari Naib Johan  Da’i Milenia Tv3, Puan Rubiah Kaunselor Cemerlang Negeri Melaka dan Puan Norazlida selaku Kauselor daerah Alor Gajah.  

Seminar 'Aku Anak Idaman Ibu Ayah' Ini Menggabungkan 2 Elemen Yang Berbeza Di Atas Satu Pentas Iaitu Talkshow Dan Sembang Santai Yang Bertujuan Untuk Menarik Minat Anak-Anak Zaman Sekarang Yang Lebih Cenderung Memilih Kelainan Dalam Sesuatu Program.Selain Bertujuan Menjadikan Anak Yang Soleh Dan Solehah, Taat Pada Perintah Allah, Ibu Bapa dan Guru, Program Ini Juga Mendedahkan Kepada Anak-Anak,Bagaimana Untuk Menghadapi Cabaran Apabila Berlakunya Situasi Dalam Memilih Kehendak Sendiri Atau Kehendak Ibu Bapa.

Program Ini Dimulakan Dengan Taklimat Dan Nyanyian Lagu Tema Serta Laungan Semangat Yang Disampaikan Oleh Ustaz Fadly Samin.Setelah Itu,Program Diteruskan Dengan Talkshow yang bertajuk “ Bestnya Jadi Anak Idaman Ibu & Ayah” yang disampaikan oleh Ustaz Hanuar Bin Mohd Talib (Motivator Jemputan JMG). 


Nyanyian Lagu Tema Oleh Ustaz Fadly Samin Bersama Ustaz Mohd Hanuar Serta JMG Consultant Malaysia 

        Setelah Berakhir Penyampaian Talkshow Yang Disampaikan Oleh Ustaz Mohd Hanuar Talib,Porgram Diteruskan Lagi Dengan Bicara Santai Yang Bertajuk “ Kehendak Anak VS Kehendak Ibu & Ayah ” Bersama Ustaz Mohd Fadly Samin Sebagai Moderator Dan Dua Ahli Panel Iaitu Da’i Azam Al-Kankari Dan Puan Rubiah. Di Akhir Program Ini Para Peserta Jelas Teruja Dengan Program Yang Diadakan Ini.

 


 Bicara Santai Yang Disampaikan Oleh Ustaz Fadly Samin,Puan Rubiah Serta Da'i Azam Al-Kankari 



Program Kedua Yang Dianjurkan Oleh JMG Consultant Malaysia Adalah Bengkel Al-Fatihah & Perfect Solat 2016 Yang Berlangsung Pada 30 Mei 2016 Di Auditorium Masjid Al-Azim,Negeri Melaka. Bengkel Menampilkan Hanya Dua Motivator iaitu Ustaz Fadly Samin dan Motivator Jemputan JMG Consultant Malaysia Iaitu Ustaz Mohd Hanuar Talib. Bengkel Al-Fatihah Ini Bermula Dari Jam Lapan Pagi Sehingga Enam Petang.Pihak JMG Consultant Malaysia Membuka Penyertaan Kepada Peserta Yang Berumur 6-15 tahun. Antara Objektif Program Ini Adalah Untuk Memperbaiki Makhraj Bacaan Surah Al-Fatihah Serta Bacaan Dalam Solat Setiap Peserta. Para Peserta Juga Diajar Bagaimana Cara Baginda Rasulullah SAW Mengerjakan Solat. selain itu, peserta di beri perkongsian ilmu pengetahuan mengenai “ Ibadah Solat Kunci Kecemerlangan Hakiki ”.

Program Dimulakan Dengan Pendaftaran Peserta Pada Jam 7 Pagi Dan Diteruskan Lagi Pada Jam 8 Dengan Taklimat Program Serta Nyanyian Lagu Tema Oleh JMG Consultant Malaysia.





 Taklimat Program Serta Nyanyian Lagu Tema Bersama Fasilitator 

Seterusnya,Program Diteruskan Lagi Dengan Bengkel Tahsin Surah Al-Fatihah Bersama Ustaz Fadly Samin Dan Setelah Berakhir Bengkel Yang Pertama Maka Program Diteruskan Lagi Dengan Bengkel Kedua Iaitu 'Ibadah Solat Kunci Kecemerlangan Hakiki' Yang Disampaikan Oleh Ustaz Mohd Hanuar Talib.

 Bengkel Tahsin Surah Al-Fatihah Bersama Ustaz Fadly Samin 

       Setelah Selesai Solat Zuhur Berjemaah,Program Diteruskan Lagi Dengan Praktikal Ibadah Solat (Solat Cara Rasuluallah) Yang Dikendalikan Oleh Fasilitator JMG Consultant Malaysia Yang Terlatih Untuk Memperbaiki Kembali Bacaan Dalam Solat Dan Mengimbas Kembali Setiap Apa Yang Mereka Peroleh Dalam Kedua-Dua Bengkel.






Praktikal Ibadah Solat Bersama Peserta Yang Dikendalikan Oleh Fasilitator Terlatih JMG Consultant Malaysia 
 
     Seterusnya,Program Diteruskan Lagi Dengan Majlis Penutup Bengkel Al-Fatihah & Perfect Solat 2016 Dan Diakhiri Dengan Sesi Bergambar Bersama Peserta-Peserta Yang Mengikuti Program JMG Consultant Malaysia.Untuk Maklumat Sekalian,Bengkel Al-Fatihah & Perfect Solat Ini Merupakan Program Fasa Yang Ke-3 Yang Menjadi Target Kepada Pembangunan Bangsa Selain Berperanan Mendidik Anak Bangsa Dalam Mengukuhkan Silaturahim.