6 Februari 2011

PERTANDINGAN LAGU-LAGU DAKWAH SEMPENA MAULIDUL RASUL KEMBALI LAGI ! DAPATKAN BORANG PENYERTAAN DI PEJABAT JMG !

Berita gembira buat semua peminat lagu-lagu berunsurkan ketuhanan terutamanya bakat-bakat terpendam dalam arena lagu-lagu nasyid kontemporari. Seperti tahun yang lepas, Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama erat Jazim Motivation Group sekali lagi akan menganjurkan Pertandingan Lagu-Lagu Dakwah untuk tahun ini sempena Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung di Tapak Ekspo Perkarangan Masjid Al-Azim Melaka. Jika tahun yang lalu, pertandingan ini dimenangi oleh Cik Liza Md Yamin dengan nyayian solonya kali ini siapa tahu giliran anda atau kumpulan anda pula. Konsep pertandingan pada tahun ini semestinya berubah bagi memberi nafas baru dan lebih segar agar pertandingan ini dapat dijalankan dengan lebih teratur dan penyertaannya lebih meluas ke Jabatan-Jabatan Kerajaan, Swasta, NGO, IPTA/IPTS, sekolah-sekolah mahupun individu-individu yang bertanding atas platform sendiri.

Barisan Juri/Hakim Tahun Lepas Semasa Proses Ujibakat Ke Pentas Final

Kumpulan Nasyid Intracksee Dari KUIM Turut Menyertai Ujibakat Tahun Lepas

Kumpulan Nasyid Wardatuddiniah Dari SMKA Syarifah Rodziah Melaka

MAKLUMAT BERKENAAN PERTANDINGAN TAHUN INI (1432H/2011M)

Pertandingan kali ini terbuka kepada mereka yang berumur antara 15 tahun hingga 40 tahun.
Terbuka kepada mana-mana individu, jabatan kerajaan, pihak swasta, kilang-kilang, mahasiswa IPTA/IPTS dan juga para pelajar sekolah kecuali kakitangan RKSK dan juga Jazim Motivation Group Melaka. Para peserta bebas untuk persembahkan secara solo, duet atau berkumpulan yang tidak melebihi 5 orang. Bagi kumpulan, tidak dibenarkan bercampur jantina antara lelaki dan perempuan. Pihak sekolah, IPT atau mana-mana jabatan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap peserta hanya dibenarkan menyertai satu bahagian sahaja dan pada tahun ini setiap penyertaan dikenakan bayaran RM 20 satu penyertaan. Kepada mereka yang ingin menyertai sila dapatkan borang dengan segera mulai hari ini di Pejabat RKSK yang terletak di Aras 2, Blok Bentara, Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka atau di Pejabat Jazim Motivation Group yang terletak di Kompleks Perniagaan Al-Azim Melaka (Bersebelahan Pusat Zakat Melaka). Tarikh tutup penyertaan pada 10 Februari 2011 bersamaan hari Khamis sebelum jam 3.00 petang.

Aksi Peserta Solo Tahun Lalu Cik Liza Md Yamin Dari Jabatan Pendidikan Melaka

PEMILIHAN LAGU & BENTUK PERSEMBAHAN PERTANDINGAN KALI INI

Jika pada tahun yang lalu, pihak penganjur telah membariskan beberapa buah lagu dan para peserta hanya dibenarkan membawa lagu yang telah disenaraikan sahaja tetapi pada kali ini para peserta diberi kebebasan untuk membawa sebarang lagu asalkan ia bertepatan dengan tema pertandingan kali ini iaitu "Untukmu Rasulullah". Lagu tidak semestinya dari aliran nasyid ia juga boleh datang dari aliran pop, balada dan juga r&b cuma tidak dibenarkan membawa lagu berentak dangdut,hip hop atau havy rock. Lagu juga tidak semestinya ciptaan sendiri. Peserta juga dibenarkan membawa lagu yang pernah dirakamkan tetapi lagu ciptaan sendiri sudah pasti akan diberi keutamaan. Bentuk persembahan adalah bebas. Peserta boleh membawa lagu diiringi alat muzik percussion atau hanya dengan menggunakan minus ones. Setiap peserta hanya perlu persembahkan sebuah lagu sahaja dan masa yang diberi hanya 6 minit. Para peserta yang layak ke Semi Final & Final diwajibkan membawa intro seperti qasidah, sajak, syair, acapella voice, selawat ataupun bacaan ayat Al-Quran selama 1 minit tambahan.

Barisan Finalis Yang Layak Ke Pentas Akhir Pada Tahun 1431H/2010M

Ustaz Fadly Memberikan Taklimat Sambil Diperhatikan Barisan Juri Peringkat Ujibakat

KONSEP PERTANDINGAN LAGU-LAGU DAKWAH 1432H/2011M

Konsep pertandingan pada tahun ini lebih kurang sama seperti tahun yang lalu yang mana setiap peserta yang bertanding wajib melalui peringkat ujibakat cuma terdapat beberapa perubahan dibuat agar finalis yang akan bertanding pada peringkat akhir nanti adalah finalis yang berkualiti dan mantap persembahannya. Untuk peringkat yang pertama ini para peserta diminta untuk mempersembahkan lagu secara live diiringi muzik minus one atau percussion dan peserta juga dikehendaki menyanyikan lagu yang dibawa secara acapella (tanpa muzik iringan) kerana juri akan menilai kekuatan vokal. Kebiasaannya peserta tidak perlu menyanyikan lagu yang dipilih hingga habis kerana juri hanya mahu melihat kekuatan vokal, lagu dan lirik. Sekiranya layak, peserta akan meneruskan pertandingan ini ke peringkat kedua (semi final) pada hari yang sama. Hanya 10 peserta atau kumpulan bakal dipilih untuk membuat persembahan di pentas separuh akhir. Pada peringkat ini, setiap peserta atau kumpulan dikehendaki menyanyikan lagu secara penuh dan markah akan diberikan melalui bentuk persembahan yang dipersembahkan bagi memilih 6 finalis yang akan berentap di pentas akhir nanti. Segala syarat tambahan untuk peringkat akhir akan dimaklumkan kemudian.

Bekas Pelajar SMKA Sultan Muhammad Layak Ke Pentas Final

Salah Satu Aksi Team Nasyid Wanita Dengan Penampilan & Gaya Tersendiri

Aksi Peserta Solo Di Pentas Akhir Pertandingan Lagu Dakwah Tahun Lepas

Untuk Keterangan Lanjut & Urusan Pendaftaran
Sila Hubungi Segera Ustaz Mohd Fadly Di Talian 017-3003884
Atau Dapatkan Borangkan Penyertaan Di Pejabat RKSK Di Aras 2, Blok Bentara,
Bangunan Seri Negeri Melaka Atau Di Pejabat Jazim Motivation Group Di Kompleks PerniagaanAl-Azim Bukit Baru Melaka.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 10 FEBRUARI 2011 !!!