30 Jun 2011

JMG MENGENDALIKAN KEM MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR UNTUK ANAK STAFF PERBADANAN TANAH DAN ADAT MELAKA

TANJUNG BIDARA : 30 MEI 2011 - Kelab Sukan dan Kebajikan Staff Perbadanan Tanah dan Adat Negeri Melaka ( PERTAM ) telah mengadakan satu program yang diberi nama "Kem Motivasi Kecemerlangan Pelajar". Program selama 2 hari 1 malam ini dikhususkan untuk anak-anak kakitangan Pertam dan telah diadakan di Kompleks Falak Al-Khawarizmi Negeri Melaka. Bagi merealisasikan hasrat murni ini, pihak Pertam telah memberi kepercayaan kepada JMG dengan melantik Jazim Motivation Group bagi mengendalikan sepenuhnya program ini. Menurut jurucakap kepada Kelab Sukan dan Kebajikan Pertam iaitu Puan Fauziah, program ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan. Pihak kami yakin Jazim Motivation Group mampu mengendalikan program ini dengan baik memandangakan Jazim merupakan salah satu Syarikat Konsultan yang terkenal di Melaka dan juga berpengalaman.

Aktiviti Team Building Yang Akan Menguji Kesepaduan Setiap Ahli Kumpulan

JMG Trainer Iaitu Brother Ayie Sedang Menemubual Dalam Slot Muhasabah Diri

Jazim Motivation Group diketuai Moderatornya iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin telah mengatur beberapa aktiviti selaras dengan kehendak objektif program. Antara objektif yang dijalankan adalah Ice-Breaking, Mind Setting, Group Binding, Public Speaking, Team Building, Ceramah Motivasi, Muhasabah Diri, Latihan Dalam Kumpulan Dan Bengkel Mind Map. Selain itu juga, program ini mendapat kerjasama daripada pihak Kompleks Al-Khawarizmi yang mana pihak Al-Khawarizmi berbesar hati mengadakan slot tayangan 3D kepada semua peserta dan juga aktiviti cerapan cahaya yang berjaya menarik minat semua peserta.

Salah Satu Kumpulan Sedang Mengadakan Perbincangan Dalam Aktiviti LDK

Ceramah Yang Disampaikan Oleh Ustaz Fadly Pasti Akan Mengusik Jiwa

Sepanjang program 2 hari 1 malam ini juga, pihak JMG telah merangka beberapa aktiviti yang bertujuan melihat kesepaduan antara peserta, menghakis sifat mazmumah seperti pentingkan diri, ego, sombong dan memupuk minda juara dikalangan pelajar. Semua peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 4 hingga tingkatan 5 ini telah menunjukkan satu sikap yang baik dengan menuruti setiap arahan yang dikeluarkan oleh moderator dan juga fasilitator. Secara keseluruhannya setiap aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna tanpa ada sebarang masalah. Tahniah & Syabas buat semua yang terlibat.

Seorang Ibu Memeluk Anaknya Dalam Slot Ceramah Motivasi Keibubapaan

Seorang Ayah Menenangkan Anaknya Yang Turut Mengalirkan Air Mata

Apa yang menarik sekali adalah Ceramah Motivasi Keibubapaan pada hari akhir sebelum Majlis Perasmian Penutup diadakan. Seperti biasa, ceramah motivasi keibubapaan ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fadly Bin Samin. Dalam ceramah ustaz banyak menekankan aspek pendidikan anak mengikut cara yang disuru
h dalam Islam agar Nur Islam itu terpancar dalam hati anak-anak yang makin dicabar oleh dunia yang semakin mencabar. Pastinya dihujung ceramah ustaz dapat disaksikan bagaimana anak-anak memeluk ibu bapa sambil air mata mencurah ke pipi menginsafi kesilapan yang lalu. Hiba pada sesiapa yang melihatnya. Apapun inilah peluang terbaik untuk setiap daripada isi rumah membetulkan apa yang dirasakan terlepas pandang oleh setiap dari kita. InsyaAllah.

Wajah-Wajah Peserta Bersama Fasilitator Jazim Selepas Tamat Program

Majlis Perasmian Penutup Program telah disempurnakan oleh Pengerusi Kelab Sukan Dan Kebajikan Pertam bagi mewakili Pengarah Perbadanan Tanah Dan Adat Negeri Melaka yang tidak dapt bersama dalam majlis perasmian penutup ini. Apapun pihak JMG ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pertam kerana sudi bekerjasama dengan pihak JMG. Semoga dengan apa yang diberikan kepada para peserta akan dapat membantu mereka menjadi insan yang berjaya dengan cemerlang. InsyaAllah.

SEMOGA ADIK-ADIK AKAN BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT
KAMI WARJGA JMG MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA


CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR BERSAMA USTAZ MOHD FADLY BIN SAMIN DI SMK BUKIT BARU NEGERI MELAKA

BUKIT BARU : 15 JUN 2011 - Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Bukit Baru dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka telah mengadakan satu sesi ceramah kepada para pelajar sasaran sempena "Kempen Anti Ponteng" yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Pihak penganjur melalui RKSK telah menjemput Perunding Motivasi JMG iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin bagi mengisi slot ceramah ini. Menurut kata Kaunselor Sekolah ini "Kempen Anti Ponteng ini merupakan satu program yang disusun oleh pihak sekolah melalui Unit Kaunseling bagi memberi kesedaran kepada pelajar akan kepentingan pelajar menghadirkan diri ke sekolah demi masa depan mereka".

Ustaz Fadly Sedang Memberikan Ceramahnya Bertajuk Peranan Pelajar Masakini

Seperti biasa Ustaz Fadly mengambil tanggungjawab ini bagi membantu para pelajar yang hadir agar tidak menjadikan keseronokkan sementara ini sebagai satu perkara yang menyebabkan pelajar hari ini malas mahu ke sekolah. Ceramah ustaz yang bertajuk "Peranan Pelajar Masakini" banyak menyentuk aspek tanggungjawab pelajar ke sekolah dan ustaz cub
a membuka minda pelajar agar mereka faham kenapa mereka perlu hadir ke sekolah. Ustaz Fadly juga ada menyentuh soal masa depan pelajar dan isu semasa yang melibatkan anak remaja.

Para Pelajar Khusyuk Mendengar Ceramah Yang Disampaikan Oleh Ustaz Fadly

Secara keseluruhannya para pelajar yang hadir dapat mengikuti ceramah yang telah disampaikan oleh ustaz dengan baik. Harapan ustaz agar dengan adanya ceramah atau kempen seperti ini dapat membantu pihak sekolah mengurangkan peratusan pelajar yang ponteng ke sekolah. Ini secara tidak langsung dapat membantu hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi muda yang berilmu dan berwawasan. InsyaAllah. Penutup program telah diadakan majlis penyampaian cenderahati kepada ustaz yang telah disampaikan oleh guru kaunselor sekolah. Pihak JMG ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan RKSK atas jemputan yang telah diberikan. Semoga adik-adik yang telah mengikuti ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Fadly dapat mengambil input yang berguna demi masa depan.

Cenderahati Kenang-Kenangan Pihak Sekolah Untuk Ustaz Mohd Fadly Bin Samin