MAKLUMAT KORPORAT

PENGENALAN


JAZIM  MOTIVATION GROUP ( JMG ) CONSULTANT MALAYSIA merupakan sebuah Syarikat Perunding Motivasi Dan Pembangunan Insan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia   (SSM) dengan nombor pendaftarannya MA0111799-K dan telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia ( MOF ) dengan nombor rujukannya K22112549151081165 serta telah beroperasi selama 10 tahun sejak awal tahun 2003. Mengikut sejarah penubuhannya, JMG Consultant dahulunya berasal daripada sebuah Pertubuhan Mahasiswa yang berpengkalan di Universiti Malaya (UM) sejak tahun 2000 lagi dan ianya dikenali sebagai Jalinan Iltizam Anak-Anak Negeri Melaka ( JAZIM ). Walaubagaimanapun, bermula tahun 2003, JMG Consultant telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai sebuah Syarikat Perunding Motivasi dan Pendidikan yang Profesional dan ia telah dikenali sebagai Jazim Motivation Group ( JMG ) Consultant Malaysia. Sejak dari itu, JMG Consultant telah berkembang mekar di Melaka malahan di seluruh pelusuk tanah air dengan menawarkan perkhidmatan penganjuran program-program ilmiah berbentuk motivasi di sekolah-sekolah, IPTA dan IPTS mahupun di agensi-agensi kerajaan, swasta dan pihak NGO sehingga hari ini.

JAZIM MOTIVATION GROUP (JMG) CONSULTANT MALAYSIA kini bukan sahaja menganjurkan program-program motivasi malah JMG kini mempunyai tiga anak syarikat di bawahnya iaitu PUSAT AKADEMIK JAZIM yang menjalankan program-program pendidikan serta bimbingan akademik seperti Kelas Tuisyen untuk peringkat UPSR, PMR, SPM dan Kelas Qiraati Al-Quran untuk golongan kanak-kanak dan dewasa. Pusat Akademik JMG juga menawarkan perkhidmatan Tuisyen Online dengan menjadikan Module Score-A sebagai satu produk pendidikan yang ditawarkan kepada masyarakat. Satu seminar berkenaan Program Score-A ini juga diadakan dua kali seminggu untuk memberi informasi terbaik buat masyarakat khususnya ibu bapa. Dahulunya, Pusat Akademik JMG ini dikenali sebagai Pusat Qiraati & Tuisyen Jazim dan beroperasi di Taman Desa Molek, Ayer Molek Melaka. Bermula tahun 2010, Pusat Akademik JMG telah beroperasi di Pejabat Urusan JMG Consultant Malaysia yang terletak di Kompleks Perniagaan Al-Azim, Bandar Bukit Baru Melaka dan mempunyai 500 orang pelajar setiap tahun. Mereka dibimbing guru-guru pakar yang dijemput khas dikalangan guru sekolah, penanda kertas serta penggubal soalan peperiksaan awam di Malaysia.

 Satu lagi anak syarikat di bawah JMG Consultant ialah JMG SERVICES & ENTERTAINMENT. Port folio ini pula menawarkan perkhidmatan dalam bidang Islamic Entertainment. Melaluinya, JMG Consultant menawarkan penyewaan sistem pembesar suara (PA SYSTEM) untuk pelbagai majlis keraian atau keramaian. JMG Consultant juga menawarkan perkhidmatan dalam pengurusan acara, persembahan pentas, khidmat Deejay, hos acara, penyewaan kereta serta menerbitkan buku-buku dan bahan-bahan bercetak yang berunsurkan ilmiah, pendidikan, keagamaan, kekeluargaan, kepimpinan dan juga motivasi. Sebuah lagi anak syarikat di bawah JMG Consultant Malaysia ialah PERMATA TRAINING & RESOURCES . Permata Training menumpukan kawasan Wilayah Tengah Malaysia iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Selangor dan Negeri Sembilan. 

JAZIM MOTIVATION GROUP ( JMG ) CONSULTANT MALAYSIA mengikut sejarah perkembangannya di Melaka mula beroperasi pada tahun 2003 sehingga 2006 di Taman Desa Duyong Melaka dan merupakan tempat pertama Pejabat Urusan JMG Consultant beroperasi dan pada awal tahun 2007, JMG Consultant diangkat sebagai salah satu Panel Konsultan di Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku Jabatan Ketua Menteri Melaka sehingga kini. Pada tahun 2007 juga Pejabat Urusan JMG Consultant berpindah ke sebuah bangunan perniagaan yang lebih selesa yang terletak di Ayer Molek Melaka sehingga tahun 2009 dan kini Pejabat Urusan JMG Consultant berpindah sekali lagi dan beroperasi di Kompleks Perniagaan Al-Azim, Bandar Bukit Baru, Melaka. JMG Consultant juga kini mempunyai sebuah Dewan Seminar sendiri yang boleh memuatkan sehingga 120 orang peserta dalam satu masa. 

--> JMG Consultant Malaysia Juga Mempunyai Rangkaian Motivator Dan Jurulatih Yang Hebat Serta Barisan Fasilitator Yang Terlatih. Dengan Kejayaan Yang Dikecapi JMG Consultant Malaysia Setakat Ini, JMG Yakin Akan Menjadi Sebuah Syarikat Perunding Motivasi Yang Terunggul Di Malaysia Satu Hari Nanti. InsyaAllah !!!

MISI JMG CONSULTANT MALAYSIA

Menjadikan JMG Consultant Sebuah Syarikat Perunding Motivasi Yang Terunggul Di Malaysia.

VISI JMG CONSULTANT MALAYSIA

Berusaha Dan Berazam Menjadikan JMG Consultant Sebuah Syarikat Perunding Motivasi Yang Mampu Memberikan Perkhidmatan Yang Terbaik Sekaligus Membantu Hasrat Kerajaan Dalam Melahirkan Masyarakat Yang Berilmu, Berwawasan, Dan Bermotivasi Tinggi.

ANAK-ANAK SYARIKAT DI BAWAH JMG CONSULTANT
  •  Pusat Akademik Jazim.
  •  Jazim Services & Entertainment.
  •  Permata Training & Resources.  

PIAGAM PELANGGAN JMG CONSULTANT MALAYSIA

Bahawa Kami, Kakitangan, Jurulatih, Fasilitator Dan Tenaga Pengajar Di Jazim, Dengan Penuh Kesedaran Dan Rasa Tanggungjawab Berikrar Kepada Pelanggan-Pelanggan, 
Kami Akan :

1) Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan dengan penuh rasa prihatin serta bertanggungjawab kepada semua pelanggan kami yang mengikuti program kami serta aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak kami dengan memberi kemudahan dan perkhidmatan yang sewajarnya.

2) Menyediakan dan mengemaskini segala kemudahan dalam pengajaran serta pembelajaran yang sesuai dalam peralihan teknologi masakini serta memastikan segala sesi aktiviti berjalan mengikut kehendak modul demi memastikan terdapat keberkesanan di dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan oleh pihak kami.

3) Memastikan pelanggan berpuas hati dengan segala perkhidmatan yang telah di tawarkan oleh pihak Jazim dalam bidang penganjuran, penyewaan, perundingan, motivasi, pendidikan serta entertainment.

4) Bekerjasama dengan mana-mana badan kerajaan mahupun NGO bagi pertingkat dan menampilkan kualiti yang tinggi dalam setiap program dijalankan.

5) Bersedia menerima sebarang cadangan dan teguran yang membina bertujuan meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan syarikat dan anak syarikat kami.


STRUKTUR EKUITI SYARIKAT

100% BUMIPUTERA !!!

NAMA PEMILIK SYARIKAT

Ustaz Mohd Fadly Bin Samin ( CEO & Founder JMG Consultant Malaysia )


CARTA ORGANISASI JMG CONSULTANT MALAYSIA






ORGANISASI SYARIKAT


 PENGARAH URUSAN JAZIM MOTIVATION GROUP
MOHD FADLY BIN SAMIN
 IJAZAH SARJANA SYARIAH & LAW (UM)

P/A ( PERSONAL ASSISTANT ) 
PENGARAH URUSAN JMG
NURMAWARNI BINTI MOHAMED NAIM
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SISTEM PEJABAT 
( UiTM )

PENGURUS PUSAT AKADEMIK JAZIM
ENCIK MUHAMMAD FIRDAUS
DIPLOMA TEKNOLOGI & MULTIMEDIA UCSA











PENGURUS JMG MIDBRAIN
CIK NURUL NADIA 
IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN KIMIA ( UMP )


PENGURUS PEMASARAN & JMG FUN CLUB
SITI AMINAH BINTI AHMAD
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)




PEMBANTU PENGURUS PEMASARAN & JMG FUN CLUB
NUR SYAHIRAH BINTI YAZID
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)





PEMBANTU PENGURUS JMG MIDBRAIN
NUR AMIRAH BINTI SUHARDI
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)






PEMBANTU PENGURUS JMG MIDBRAIN
MURNI BINTI MOKHTAR

SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

KERANI PUSAT AKADEMIK JAZIM
NURUL JANNAH BINTI JOHAN

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ( KAUNSELING ) UNITAR
PEMBANTU PENGURUS PUSAT AKADEMIK JAZIM
NURESSA BINTI ABDUL SAMAD
DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI (PERAKAUNAN) (UCSA)


KERANI PTAJ (AYER MOLEK)
RAUDATUL HASANAH BINTI KINAWAN
SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)







PEMBANTU PERMATA TRAINING DAN RESOURSES
MOHD LOKMAN HAKIM BIN IBRAHIM
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AL-QURAN SUNNAH ( USIM )








PEMBANTU PERMATA TRAINING DAN RESOURSES
NURUL FARHANA BINTI AHMAD
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA
 ( STPM )