11 Januari 2012

PROGRAM PRIHATIN REMAJA FAKULTI PENDIDIKAN UKM DI SMK DATO' SHAHARDIN LABU NEGERI SEMBILAN BERSAMA MOTIVATOR JMG


LABU NEGERI SEMBILAN - 14 November 2011 : Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama SMK Dato' Shahardin Labu Negeri Sembilan telah mengadakan satu program yang dinamakan "Program Prihatin Remaja". Program selama sehari ini dibuat adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan remaja memandangkan isu remaja masakini tentang masalah gejala sosial hebat diperkatakan. Mahasiswa Sarjana Pendidikan UKM mengambil anisiatif dengan menganjurkan program ini sebagai salah satu tanda prihatin Mahasiswa kepada golongan remaja dan isu ini di peringkat nasional. Pihak penganjur telah memilih Jazim Motivation Group (JMG) sebagai konsultant yang mengendalikan program ini secara bersama dengan pihak sekolah dan juga Fakulti Pendidikan UKM sendiri.

 Sebahagian Pelajar Perempuan Seronok Mendengar Ceramah Motivasi Ustaz Fadly

 Apa yang menarik, program ini telah disusun dengan melibatkan pelbagai aktiviti. Fokus utama adalah kesedaran pelajar terhadap masalah gejala sosial yang melanda remaja masakini. Justeru, satu slot Ceramah Motivasi Remaja Masakini telah diadakan dan ia telah disampaikan oleh Pengarah Urusan JMG iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin. Dalam ceramahnya, Ustaz Fadly banyak menyentuh soal halatuju remaja masakini dan isu-isu remaja selain mendedahkan kepada pelajar cara membina jati diri yang kuat untuk menjadi seorang remaja yang ideal dan berwibawa pada masa akan datang.

 Pelajar Lelaki Memberikan Fokus Kepada Apa Yang Disampaikan Oleh Ustaz Fadly

Selain daripada Slot Ceramah Motivasi Remaja, pihak penganjur juga telah menjemput sepuluh agensi untuk membuat pameran bagi memberikan info terkini kepada anak remaja. Antara agensi yang terlibat dalam pameran ini adalah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Di Raja Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan IKRAM Malaysia, Pusat Pengasih, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) dan beberapa agensi lain termasuk Jazim Motivation Group (JMG) sendiri. Pameran ini juga diselitkan dengan kuiz bertujuan menggalakkan pelajar mencari info berkaitan soalan yang ditanyakan. Pihak JMG juga tidak ketinggalan mengadakan pameran tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, galeri gambar program, tayangan video program, keratan akhbar berkaitan isu remaja dan soalan kuiz. Rata-rata para pelajar di sini amat tertarik dengan pameran daripada Jazim Motivation Group terutamanya tayangan video tentang aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan oleh pihak Jazim Motivation Group.

 Sebahagian Pelajar Lelaki Duduk Menonton Tayangan Video Program-Program JMG

 Ustaz Fadly Memberikan Penerangan Kepada Guru Sekolah Ini Tentang Program JMG

 Menurut jurucakap wakil kepada pihak penganjur iaitu Mahasiswa Sarjana Fakulti Pendidikan UKM iaitu Ustaz Azraie yang juga merupakan Finalis Akademi Al-Quran TV9 : Syukur, kami merasakan program ini berjaya dilaksanakan dengan baik. Pihak sekolah terutama Pengetua memberikan kerjasama yang baik kepada kami untuk melaksanakan program murni ini. Pihak kami memilih SMK Dato' Shahardin di Labu Negeri Sembilan ini memandangkan sekolah ini merupakan sekolah luar bandar dan jarang ada pihak-pihak yang sudi menghulurkan tangan mengadakan program seperti ini. Kami juga memilih Jazim Motivation Group untuk mengisi Slot Ceramah Motivasi yang telah disampaikan oleh Motivatornya iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin kerana kepakaran yang dimiliki oleh Ustaz Fadly sendiri. Dengan adanya program ini sekurang-kurangnya dapat membantu memberi kesedaran kepada golongan remaja tentang erti kejayaan.

 Ustaz Fadly Menyampaikan Cenderahati JMG Kepada Salah Seorang Pengunjung Bertuah

Semoga Ilmu Yang Telah Disampaikan Dapat Diamalkan Oleh Warga SMK Dato' Shahardin

Majlis Perasmian Program telah disempurnakan oleh Professor Dr Hassan iaitu Pensyarah di Fakulti Pendidikan dan juga merupakan aktivis Amal Palestin. Apapun pihak JMG ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur khususnya Fakulti Pendidikan UKM di atas jemputan ini. Semoga segala ilmu dan kenangan yang telah diperolehi memberi sinar kejayaan kepada kita semua. InsyaAllah.

TERIMA KASIH DAUN KELADI
 TAHUN DEPAN JEMPUTLAH JMG LAGI

KURSUS MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR SK DATO DEMANG HUSSIN BUKIT KATIL MELAKA BERSAMA JAZIM MOTIVATION GROUP ( JMG )


BUKIT KATIL - 11 NOVEMBER 2011 : Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Dato Demang Hussin Bukit Katil Melaka (SKKDH) telah mengadakan Kursus Motivasi Kecemerlangan Pelajar untuk pelajar tahun lima sekolah ini. Kursus selama setengah hari ini telah disertai seramai hampir 200 orang peserta dan telah diadakan di Dewan Dato Demang Hussin yang tesergam indah. Pihak sekolah dengan rasa yakin dan percaya telah memilih Jazim Motivation Group (JMG) untuk mengendalikan sepenuhnya program ini. Pihak JMG hadir diketuai Pengarah Urusan dan Motivatornya iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin.

 Pengarah Urusan & Motivator JMG Iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin

 Pendekatan Yang Digunakan Ustaz Fadly Memang Menarik Minat Pelajar

Menurut jurucakap sekolah iaitu Cikgu Bakri yang juga merupakan Kaunselor Sekolah menyatakan : Antara objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi suntikan motivasi awal kepada pelajar tahun lima yang mana mereka ini merupakan calon UPSR sekolah pada tahun 2012. Pihak sekolah sentiasa memberikan yang terbaik buat pelajar di sekolah ini. Justeru pihak sekolah tidak teragak-agak untuk memilih Jazim Motivation Group (JMG) yang memang sinonim dengan kami sejak tahun 2005 lagi untuk mengendalikan sepenuhnya program ini. JMG memang sudah terkenal di Melaka dan pihak sekolah tahu akan keupayaan JMG untuk berikan yang terbaik kepada pelajar kami.

Antara Aktiviti Yang Dijalankan Dalam Kursus Ini Dibantu Fasilitator JMG

Pihak JMG telah mengatur beberapa pengisian yang dapat membantu peserta mencapai objektif yang telah digariskan oleh pihak sekolah. Antara pengisian yang dibuat adalah Ice-Breaking. Team Building, Ceramah Motivasi Kecemerlangan, Transformasi Minda dan Slot Muhasabah Diri. Kesemua aktiviti ini diketuai oleh Ustaz Mohd Fadly Bin Samin dibantu 4 orang fasilitator JMG. Secara keseluruhannya para pelajar begitu seronok dan dapat ikuti setiap aktiviti dengan baik. Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan dapat diambil iktibar kepada semua pelajar agar mampu menghasilkan keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.

Salah Seorang Pelajar Menitiskan Air Mata Dalam Slot Muhasabah Diri

Pihak Jazim Motivation Group ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah teruatamanya kepada Puan Aisyah Guru Besar SKDDH dan Cikgu Bakri Kaunselor SKDDH. Semoga jalinan kerjasama yang telah dibentuk sejak tahun 2005 ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Buat adik-adik pelajar yang menyertai program ini, pihak JMG mnedoakan kejayaan adik-adik dalam UPSR tahun 2012. Do The Best Allah Will Do The Rest. InsyaAllah.

IM THE BEST !!! YOU ARE THE BEST !!! WE ARE THE BEST !!!
TERBAIK DARI KAMI JAZIM MOTIVATION GROUP ( JMG ) MELAKA

10 Januari 2012

KURSUS MOTIVASI KAKITANGAN PERBADANAN MUZIUM MELAKA (PERZIM) BERSAMA JAZIM MOTIVATION GROUP ( JMG )


 PERINGGIT - 1 NOVEMBER 2011 : Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) telah mengadakan satu program untuk kakitangan dah ahli keluarga PERZIM pada 29 Oktober 2011. Program yang dinamakan "Kursus Motivasi Kakitangan & Ahli Keluarga PERZIM" ini telah diadakan di Dewan Galeri Ketua Menteri Bukit Peringgit Melaka. Bagi memastikan objektif program ini tercapai, pihak PERZIM telah memilih Jazim Motivation Group (JMG) Melaka untuk mengendalikan sepenuhnya program ini. Pihak PERZIM yakin dan percaya bahawa JMG mampu mengendalikan kursus ini dengan baik seterusnya memberi impak kepada seluruh kakitangan dan ahli keluarga PERZIM sendiri.

Ustaz Fadly Sedang Mengendalikan Sesi Ceramahnya Bersama Salah Seorang Staff Perzim

























































































































 Antara Galeri Gambar Kursus Motivasi Kakitangan & Ahli Keluarga Perbadanan Muzium Melaka

 Menurut jurucakap kepada PERZIM iaitu Encik Johari : Tujuan utama kami mengadakan kursus ini adalah untuk memberi sedikit motivasi kepada kakitangan PERZIM serta mengeratkan lagi hubungan tali sillaturrahim antara ahli keluarga staff PERZIM. InsyaAllah dengan pengalaman yang ada pada Jazim Motivation Group terutama Motivatornya iaitu Ustaz Fadly, segala objektif yang telah ditetapkan mampu digapai. Pihak JMG telah membariskan dua orang Motivator yang terdiri daripada Pengarah Urusan JMG sendiri iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin dan seorang lagi Motivator jemputan JMG iaitu Ustaz Mohd Hanuar Bin Mohd Talib. Kedua-dua Motivator ini telah berkongsi ilmu dan pandangan dalam membina sebuah organisasi yang mantap dan kukuh serta sebuah keluarga yang harmonis. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Perbadanan Muzium Melaka sendiri iaitu Dato Haji Khamis. Pihak JMG ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PERZIM di atas kepercayaan yang telah diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. InsyaAllah.

KE ARAH MEMBENTUK ORGANISASI YANG MANTAP
SILLATURRAHIM YANG KUKUH DAN IMAN YANG TEGUH

SMK DATO ABDUL RAHMAN YAAKUB SEKALI LAGI MENJEMPUT USTAZ FADLY UNTUK CERAMAH MOTIVASI PECUTAN AKHIR SPM & STPM


MERLIMAU - 28 OKTOBER 2011 : Unit Bimbingan Kaunseling SMK Dato Abdul Rahman Yaakub (SDARY) Merlimau Melaka buat kali ketiga tahun ini menjemput Pengarah Urusan dan Motivator JMG iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin untuk menyampaikan Ceramah Motivasi Pecutan Terakhir untuk 250 orang calon SPM dan STPM sekolah ini bagi tahun 2011. Sebelum ini, pihak sekolah pernah menjemput Ustaz Fadly untuk bersama dengan Pelajar Target Sekolah dan sekali lagi bersama para pelajar PMR sekolah 2011. Pada jemputan kali ini, semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM & STPM dikumpulkan untuk diberi motivasi dan tips-tips terakhir sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan.

Ustaz Fadly Samin Berkongsi Tips-Tips Menghadapi Peperiksaan SPM & STPM

Sebahagian Pelajar Perempuan Sedang Khusyuk Mendengar Ceramah Ustaz Fadly

Ceramah ini telah diadakan di Dewan Besar SDARY bermula jam 8.30 pagi - 10.30 pagi. Program ini juga telah dihadiri semua guru-guru SPM & STPM. Antara topik yang disentuh dalam ceramah ini ialah persediaan terakhir pelajar dalam menuju gerbang masa depan yang sebenar selain tips-tips yang boleh diamalkan pelajar ketika menghadapi tekanan dalam zon kritikal ini. Pelajar juga diberi pendedahan dalam aspek pengurusan masa dan kendiri pelajar agar pelajar mampu bersedia dalam segenap aspek iaitu fizikal dan mental. Aspek rohani juga disentuh dalam memberi sentuhan motivasi dalam diri setiap pelajar.

Ustaz Fadly Menemubual Salah Seorang Pelajar STPM Lelaki SDARY

Menurut Kaunselor Sekolah SDARY iaitu Puan Noraini : Pihak sekolah amat tertarik dengan pendekatan yang dibawa oleh Ustaz Fadly dalam setiap ceramahnya. Selain itu content ceramahnya amat menarik minat pelajar dan banyak membantu pelajar ke arah menjadi pelajar yang cemerlang. Kami sentiasa akan bekerjasama dengan pihak Jazim Motivation Group khususnya Ustaz Fadly dalam membentuk pelajar yang cemerlang di dalam akademik serta sahsiah diri. Pihak JMG juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang tidak putus-putus menjemput pihak JMG untuk berkongsi ilmu dengan anak pelajarnya. Semoga usaha yang dilakukan diberkati dan pelajar mampu menggapai kejayaan yang cemerlang.

SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA PELAJAR SDARY
IKHLAS DARI KAMI WARGA JAZIM MOTIVATION GROUP MELAKA