10 Januari 2012

SMK DATO ABDUL RAHMAN YAAKUB SEKALI LAGI MENJEMPUT USTAZ FADLY UNTUK CERAMAH MOTIVASI PECUTAN AKHIR SPM & STPM


MERLIMAU - 28 OKTOBER 2011 : Unit Bimbingan Kaunseling SMK Dato Abdul Rahman Yaakub (SDARY) Merlimau Melaka buat kali ketiga tahun ini menjemput Pengarah Urusan dan Motivator JMG iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin untuk menyampaikan Ceramah Motivasi Pecutan Terakhir untuk 250 orang calon SPM dan STPM sekolah ini bagi tahun 2011. Sebelum ini, pihak sekolah pernah menjemput Ustaz Fadly untuk bersama dengan Pelajar Target Sekolah dan sekali lagi bersama para pelajar PMR sekolah 2011. Pada jemputan kali ini, semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM & STPM dikumpulkan untuk diberi motivasi dan tips-tips terakhir sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan.

Ustaz Fadly Samin Berkongsi Tips-Tips Menghadapi Peperiksaan SPM & STPM

Sebahagian Pelajar Perempuan Sedang Khusyuk Mendengar Ceramah Ustaz Fadly

Ceramah ini telah diadakan di Dewan Besar SDARY bermula jam 8.30 pagi - 10.30 pagi. Program ini juga telah dihadiri semua guru-guru SPM & STPM. Antara topik yang disentuh dalam ceramah ini ialah persediaan terakhir pelajar dalam menuju gerbang masa depan yang sebenar selain tips-tips yang boleh diamalkan pelajar ketika menghadapi tekanan dalam zon kritikal ini. Pelajar juga diberi pendedahan dalam aspek pengurusan masa dan kendiri pelajar agar pelajar mampu bersedia dalam segenap aspek iaitu fizikal dan mental. Aspek rohani juga disentuh dalam memberi sentuhan motivasi dalam diri setiap pelajar.

Ustaz Fadly Menemubual Salah Seorang Pelajar STPM Lelaki SDARY

Menurut Kaunselor Sekolah SDARY iaitu Puan Noraini : Pihak sekolah amat tertarik dengan pendekatan yang dibawa oleh Ustaz Fadly dalam setiap ceramahnya. Selain itu content ceramahnya amat menarik minat pelajar dan banyak membantu pelajar ke arah menjadi pelajar yang cemerlang. Kami sentiasa akan bekerjasama dengan pihak Jazim Motivation Group khususnya Ustaz Fadly dalam membentuk pelajar yang cemerlang di dalam akademik serta sahsiah diri. Pihak JMG juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang tidak putus-putus menjemput pihak JMG untuk berkongsi ilmu dengan anak pelajarnya. Semoga usaha yang dilakukan diberkati dan pelajar mampu menggapai kejayaan yang cemerlang.

SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA PELAJAR SDARY
IKHLAS DARI KAMI WARGA JAZIM MOTIVATION GROUP MELAKA

Tiada ulasan: