11 Januari 2012

PROGRAM PRIHATIN REMAJA FAKULTI PENDIDIKAN UKM DI SMK DATO' SHAHARDIN LABU NEGERI SEMBILAN BERSAMA MOTIVATOR JMG


LABU NEGERI SEMBILAN - 14 November 2011 : Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama SMK Dato' Shahardin Labu Negeri Sembilan telah mengadakan satu program yang dinamakan "Program Prihatin Remaja". Program selama sehari ini dibuat adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan remaja memandangkan isu remaja masakini tentang masalah gejala sosial hebat diperkatakan. Mahasiswa Sarjana Pendidikan UKM mengambil anisiatif dengan menganjurkan program ini sebagai salah satu tanda prihatin Mahasiswa kepada golongan remaja dan isu ini di peringkat nasional. Pihak penganjur telah memilih Jazim Motivation Group (JMG) sebagai konsultant yang mengendalikan program ini secara bersama dengan pihak sekolah dan juga Fakulti Pendidikan UKM sendiri.

 Sebahagian Pelajar Perempuan Seronok Mendengar Ceramah Motivasi Ustaz Fadly

 Apa yang menarik, program ini telah disusun dengan melibatkan pelbagai aktiviti. Fokus utama adalah kesedaran pelajar terhadap masalah gejala sosial yang melanda remaja masakini. Justeru, satu slot Ceramah Motivasi Remaja Masakini telah diadakan dan ia telah disampaikan oleh Pengarah Urusan JMG iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin. Dalam ceramahnya, Ustaz Fadly banyak menyentuh soal halatuju remaja masakini dan isu-isu remaja selain mendedahkan kepada pelajar cara membina jati diri yang kuat untuk menjadi seorang remaja yang ideal dan berwibawa pada masa akan datang.

 Pelajar Lelaki Memberikan Fokus Kepada Apa Yang Disampaikan Oleh Ustaz Fadly

Selain daripada Slot Ceramah Motivasi Remaja, pihak penganjur juga telah menjemput sepuluh agensi untuk membuat pameran bagi memberikan info terkini kepada anak remaja. Antara agensi yang terlibat dalam pameran ini adalah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Di Raja Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan IKRAM Malaysia, Pusat Pengasih, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) dan beberapa agensi lain termasuk Jazim Motivation Group (JMG) sendiri. Pameran ini juga diselitkan dengan kuiz bertujuan menggalakkan pelajar mencari info berkaitan soalan yang ditanyakan. Pihak JMG juga tidak ketinggalan mengadakan pameran tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, galeri gambar program, tayangan video program, keratan akhbar berkaitan isu remaja dan soalan kuiz. Rata-rata para pelajar di sini amat tertarik dengan pameran daripada Jazim Motivation Group terutamanya tayangan video tentang aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan oleh pihak Jazim Motivation Group.

 Sebahagian Pelajar Lelaki Duduk Menonton Tayangan Video Program-Program JMG

 Ustaz Fadly Memberikan Penerangan Kepada Guru Sekolah Ini Tentang Program JMG

 Menurut jurucakap wakil kepada pihak penganjur iaitu Mahasiswa Sarjana Fakulti Pendidikan UKM iaitu Ustaz Azraie yang juga merupakan Finalis Akademi Al-Quran TV9 : Syukur, kami merasakan program ini berjaya dilaksanakan dengan baik. Pihak sekolah terutama Pengetua memberikan kerjasama yang baik kepada kami untuk melaksanakan program murni ini. Pihak kami memilih SMK Dato' Shahardin di Labu Negeri Sembilan ini memandangkan sekolah ini merupakan sekolah luar bandar dan jarang ada pihak-pihak yang sudi menghulurkan tangan mengadakan program seperti ini. Kami juga memilih Jazim Motivation Group untuk mengisi Slot Ceramah Motivasi yang telah disampaikan oleh Motivatornya iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin kerana kepakaran yang dimiliki oleh Ustaz Fadly sendiri. Dengan adanya program ini sekurang-kurangnya dapat membantu memberi kesedaran kepada golongan remaja tentang erti kejayaan.

 Ustaz Fadly Menyampaikan Cenderahati JMG Kepada Salah Seorang Pengunjung Bertuah

Semoga Ilmu Yang Telah Disampaikan Dapat Diamalkan Oleh Warga SMK Dato' Shahardin

Majlis Perasmian Program telah disempurnakan oleh Professor Dr Hassan iaitu Pensyarah di Fakulti Pendidikan dan juga merupakan aktivis Amal Palestin. Apapun pihak JMG ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur khususnya Fakulti Pendidikan UKM di atas jemputan ini. Semoga segala ilmu dan kenangan yang telah diperolehi memberi sinar kejayaan kepada kita semua. InsyaAllah.

TERIMA KASIH DAUN KELADI
 TAHUN DEPAN JEMPUTLAH JMG LAGI

Tiada ulasan: