10 Februari 2012

KURSUS MOTIVASI KECEMERLANGAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) AYER MOLEK MELAKA BERSAMA JAZIM MOTIVATION GROUP ( JMG )


 29 JANUARI - SAUJANA ASAHAN : Kolej Profesioanal Mara (KPM) Ayer Molek Melaka Dengan Kerjasama Jazim Motivation Group (JMG) Melaka telah mengadakan satu program iaitu Kursus Motivasi Kecemerlangan 2012. Program yang diadakan pada 28 & 29 Januari 2012 iaitu selama 2 hari 1 malam ini telah diadakan di Kem Saujana Asahan Jasin Melaka. Pihak KPM Ayer Molek Melaka telah menggunakan khidmat Jazim Motivation Group sepenuhnya untuk mengendalikan program ini.


Sebahagian Peserta Program Seronok Dengan Aktiviti Menara Belon

Para Peserta Sedang Berbincang Dalam Aktiviti LDK : Latihan Dalam Kumpulan

Jazim Motivation Group (JMG) seperti biasa hadir dengan diketuai Motivatornya iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin dan dibantu 4 orang fasilitator iaitu Encik Azri, Ustaz Fakhrul, Ustaz Zulhilmi dan En Hafiz. JMG telah mengaturkan beberapa aktiviti dan pengisian bagi memastikan setiap objektif yang telah digariskan oleh Kolej Profesional Mara Ayer Molek tercapai. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah Motivasi, Ice-Breaking, Team Building, Ledakkan Potensi Diri, Kembara Malam, Menara Belon, LDK, Dan Public Speaking. Semua peserta yang menyertai kursus ini dapat mengikuti setiap aktiviti dengan baik.

Aktiviti Yang Menguji Tahap Kesabaran, Jalinan Kerjasama, Patuh Arahan Dan Strategi Kumpulan

Ceramah Motivasi Dapat Menyuntik Semangat Dan Azam Yang Baru Kepada Setiap Peserta Kursus

 Mengikut jurucakap KPM Ayer Molek iaitu Puan Siti Jaleeha yang juga merupakan seorang Kaunselor di KPM Ayer Molek berkata : Program pada kali menumpukan kepada aspek peningkatan diri dalam akademik pelajar dan juga penetapan matlamat yang jelas. Ini kerana semua peserta yang terlibat merupakan pelajar yang mendapat PNGK yang agak rendah dan membimbangkan. Justeru pihak KPM mengambil aniasitif mengadakan kursus ini malah dapat bekerjasama dengan Syarikat Konsultant yang hebat iaitu Jazim Motivation Group (JMG). Kami yakin dengan kredebiliti yang ada pada JMG berdasarkan pengalaman JMG mengendalikan kursus-kursus seumpama ini. Kami berharap semua peserta akan bangkit dari lena tidur agar memacu kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. InsyaAllah.

Antara Modul Team Building Yang Dikendalikan Oleh JMG Dalam Kursus Ini

Ustaz Fadly Bersama Fasilitator JMG Iaitu Ustaz Fakhrul Bermain Sama Dalam Aktiviti Menguji Minda

Majlis Perasmian Penutup telah selamat disempurnakan oleh salah seorang wakil pensyarah iaitu Ustaz Wan. Dalam ucapan perasmian ini, Ustaz Wan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JMG dan secara peribadinya merasakan program yang dikendalikan oleh JMG amat menarik dan terbaik serta seimbang duniawi dan ukhrawi. Pengarah Urusan JMG merangkap Motivator JMG dalam ucapannya pula mengucapkan terima kasih kepada pihak KPM kerana sudi bekerjasama dengan pihak JMG. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. InsyaAllah.

SEMOGA ADIK-ADIK SEMUA BERJAYA
DI DUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT

Tiada ulasan: