15 Februari 2012

PUSAT SUMBER JABATAN KETUA MENTERI MELAKA DAN PERTUBUHAN BELIA PEMIKIR MUDA MALAYSIA MENJEMPUT MOTIVATOR JMG DAN ANGKASAWAN NEGARA UNTUK PROGRAM MOTIVASI 1 MALAYSIA


MTFF SUNGAI UDANG - 31 DISEMBER 2011 : Bahagian Pusat Sumber Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Belia Pemikir Muda Malaysia telah mengadakan Program Motivasi Riang Ria Cuti Sekolah 1 Malaysia. Program selama sehari ini telah diadakan di Dewan Besar Malaysia Tropicana Fruit Farm ( MTFF ) Sungai Udang Melaka. Ia telah disertai seramai 350 orang pelajar terpilih melalui sekolah-sekolah yang berdekatan. Apa yang menarik program ini telah menampilkan dua orang Motivator terkenal iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin (Motivator JMG) dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukur (Angkasawan Pertama Negara). Kedua-dua Motivator ini telah berkongsi ilmu dan input dalam memberi suntikan motivasi kepada anak pelajar seterusnya membantu negara dalam membina remaja yang ideal.

 Ustaz Fadly Telah Menyampaikan Ceramah Motivasi Bertajuk Remaja Cemerlang

 350 Orang Peserta Terdiri Daripada Para Pelajar PMR & SPM Untuk Tahun 2012

Seperti biasa Ustaz Fadly hadir bersama pembantunya iaitu Encik Mohd Azri Bin Md Yatim yang akan bertindak selaku Trainer JMG dalam mana-mana program JMG terutamanya yang melibatkan Slot Muhasabah Diri. Untuk ceramah kali ini, Ustaz Fadly banyak menekankan aspek pembangunan diri dan sahsiah dalam diri seorang remaja. Ustaz Fadly juga mendedahkan kepada peserta tentang tanggungjawab serta peranan remaja dalam membantu negara menjadi sebuah negara yang maju. Selain itu juga kesedaran remaja juga penting kerana dengan kesedaran itu mampu membangkitkan semangat remaja untuk berjaya dan cemerlang pada masa akan datang.

 Respon Semua Peserta Terhadap Ceramah Yang Disampaikan Oleh Ustaz Fadly Amat Baik

 Ustaz Fadly Menemubual Salah Seorang Peserta Lelaki Dalam Slot Ceramahnya

 Angkasawan Pertama Negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor hadir di sebalah petang untuk berkongsi pengalaman dengan pelajar terutama pengalamannya sebagai Angkasawan Negara dan pengalamannya berada di ICC selama hampir 2 minggu di sana. Pengalamannya itu menarik minat pelajar untuk pelajar menerokai alam cakerawala dan bercita-cita untuk menjadi seperti Dr SMS ini. Ramai peserta juga telah menjadikan Dr SMS sebagai salah seorang idola dalam hidup mereka dan ia mampu memberikan rangsangan dan motivasi ke arah menjadi remaja Malaysia yang hebat pada masa akan datang.

Laungan Semangat Yakin Boleh Para Peserta Bersama Ustaz Fadly Dan En Mohd Rafiq

Menurut kata Pengarah Bahagian Pusat Sumber Jabatan Ketua Menteri Melaka iaitu Encik Mohd Rafiq : Program ini telah dirancang sebelum menjelang cuti sekolah yang lalu. Ini sebagai salah satu medium kepada anak pelajar yang menyertai program ini untuk mempersiapkan diri sebelum memasuki persekolahan untuk sesi yang baru. Pihak kami berikan yang terbaik dan yang hadir memberikan ceramah adalah dikalangan yang terbaik. Terpulang kepada pihak pelajar untuk mengamalkannya atau tidak sebab Kerajaan Negeri sudah membantu memberikan jalan dan method. Keputusan di tangan pelajar sama ada mahu berjaya atau sebaliknya. Walau apapun saya yakin semua peserta pasti teruja dan seronok hadir ke program ini dan pihak kami mengharap dengan ilmu serta pengalaman yang telah dicurahkan oleh Ustaz Fadly dan Dr SMS, ia mampu membantu anak pelajar khususnya remaja menjadi remaja yang berguna kepada negara.

Simbolik Larian Ke Arah Menuju Jalan Kecemerlangan Diketuai Ustaz Fadly

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka. Pihak Jazim Motivation Group (JMG) ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Bahagian Pusat Sumber Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Pertubuhan Belia Pemikir Muda Malaysia di atas jemputan dan kepercayaan ini. Semoga segala usaha yang telah dijalankan akan diberkati dan dirahmati Allah. Jom Ke Arah Insan Cemerlang & Luar Biasa Hebat !!! InsyaAllah.

ARE YOU READY ??? YES !!! ARE YOU SURE ??? YES !!! YES !!! YES !!!
JADILAH INSAN LUAR BIASA HEBAT DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT

Tiada ulasan: