3 Oktober 2012

SEMINAR KECEMERLANGAN PELAJAR 2012 BERSAMA MOTIVATOR JMG : SIRI JELAJAH JMG KE NEGERI JOHOR, MELAKA, KUALA LUMPUR, PERAK, KEDAH, TERENGGANU DAN KELANTAN DARUL NAIM.


Jazim Motivation Group ( JMG ) Malaysia Dengan Kerjasama PAB Consultant Telah Menganjurkan Seminar Kecemerlangan Untuk Para Pelajar UPSR/PMR/SPM/STPM Untuk Tahun 2012 Dalam Siri Jelajah JMG Ke Seluruh Semenanjung Malaysia. Beberapa Buah Negeri Telah Dipilih Sebagai Lokasi Seminar Antaranya Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Pahang, Terengganu Dan Kelantan. Seminar Ini Dikendalikan Sepenuhnya Oleh Dua Orang Motivator Iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin Yang Juga Merupakan Pengarah Urusan Dan Perunding Utama JMG Malaysia Serta Encik Isma Rizal Ismail Yang Juga Meruapakan Perunding Pendidikan Di PAB Consultant Malaysia.

Seminar Kecemerlangan Pelajar Di Hotel Seri Perdana Taiping Perak Darul Ridzwan
 Antara Objektif Seminar Kecemerlangan Pelajar Ini Diadakan Adalah Untuk Mendedahkan Kepada Peserta Akan Teknik Dan Cara Bagaimana Pelajar Cemerlang Malaysia Mencipta Kejayaan Yang Luar Biasa Hebat. Pelbagai Kaedah Dan Tips Dibongkar Oleh Kedua-Dua Motivator Hebat Ini. Selain Itu Peserta Juga  Di Ajar Teknik Dan Kemahiran Belajar Yang Betul Dan Berkesan. Apa Yang Menarik, Rata-Rata Pelajar Yang Hadir Ke Seminar Ini Dan Ditemani Ibu Bapa Masing-Masing Rasa Teruja Dan Seronok Dengan Ilmu Baru Yang Diperolehi Melalui Seminar Ini. Pihak JMG & PAB Consultant Rasa Terharu Dengan Sokongan Dan Penyertaan Yang Di Luar Jangkaan.

Seminar Kecemerlangan Pelajar Di Swiss Inn Hotel Sungai Petani Kedah Darul Aman



Seminar Kecemerlangan Pelajar Di Bluewave Hotel Selat Tebrau Johor Bharu
Siri Jelajah Ini Bermula Di Kuala Lumpur Dengan Menjadikan Universiti Malaya Tempat Pertama Seminar Kecemerlangan Ini Dianjurkan. Seramai 450 Orang Telah Hadir Ke Seminar Ini. Selepas Kuala Lumpur, JMG Terus Menjelajah Ke Melaka Dengan Memilih Auditorium MITC Ayer Keroh Melaka Sebagai Lokasi Penganjuran. Seramai 300 Orang Pelajar Telah Hadir Ke Seminar Ini. Setelah Kejayaan Di Kuala Dan Melaka, JMG Bergerak Pula Ke Johor Untuk Berjumpa Anak Pelajar Di Johor Dengan Memilih Bluewave Hotel Johor Bharu Yang Berdekatan Dengan Pintu Masuk Negara Singapura Sebagai Lokasi Seminar. Sekali Lagi Kejutan Berlaku Apabila Seramai 380 Orang Telah Hadir Ke Seminar Ini.

Seminar Kecemerlangan Pelajar Di Auditorium MITC Ayer Keroh Negeri Melaka
Seminar Kecemerlangan Pelajar Di Syuen Hotel Ipoh Perak Darul Ridzwan

Siri Jelajah Ini Tidak Tamat Di Sini Sahaja, JMG Terus Melangkah Ke Negeri Perak Dengan Memilih Dua Lokasi Sebagai Tempat Berlangsungnya Seminar. Sebelah Pagi Seminar Kecemerlangan Pelajar Ini Diadakan Di Syuen Hotel Ipoh Perak Dan Sebelah Petangnya Pula Di Hotel Seri Perdana Taiping Perak. Pihak JMG Terpaksa Mengadakan Seminar Ini Di Dua Lokasi Yang Berbeza Dalam Satu Hari Yang Sama Disebabkan Sambutan Yang Di Luar Jangkaan. Agak Berkejaran Juga Krew JMG. Tapi Dengan Sambutan Hebat Ini Kerana Kedua-Dua Lokasi Dihadiri Lebih 300 Peserta, Rasa Penat Hilang Begitu Sahaja. Hari Seterusnya JMG Terus Ke Negeri Jelapang Padi Iaitu Kedah Darul Aman. Akibat Daripada Sambutan Hangat, JMG Terpaksa Mengadakan Seminar Ini Sekali Lagi Di Dua Lokasi Yang Berbeza Dalam Satu Hari Yang Sama Iaitu Sebelah Pagi Di Star City Hotel Di Alor Setar Kedah Dan Sebelah Petang Di Swiss Inn Hotel Sungai Petani Kedah Darul Aman.

Seminar Kecemerlangan Pelajar Di Star City Alor Setar Kedah Darul Aman
Jelajah JMG Pada Minggu Terakhir Adalah Di Negeri Pantai Timur Malaysia Iaitu Terengganu Dan Kelantan. Untuk Di Terengganu, JMG Telah Mengadakan Dua Tempat Iaitu Di Grand Continental Hotel Yang Terletak Di Kuala Terengganu Dan Satu Lagi Di Paka Resort Dungun Terengganu. Syukur, Kedua-Dua Lokasi Mendapat Sambutan Hangat Apabila Hampir 300 Orang Menyertai Di Kedua-Dua Lokasi Ini. Manakala Di Kelantan, JMG Memilih Kelantan Trade Centre Yang Terletak Di Bandar Kota Bharu Sebagai Lokasi Seminar. Apa Yang Memeranjat, Pihak JMG Terpaksa Mengadakan Sekali Lagi Di Kelantan Pada Minggu Berikutnya Kesan Daripada Sambutan Di Luar Jangkaan.

Seminar Kecemerlangan Pelajar Di Grand Continental Kuala Terengganu
Seminar Kecemerlangan Di Kelantan Trade Centre Kota Bharu Kelantan Darul Naim
Buat Akhirnya Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat Dalam Menjayakan Siri Jelajah JMG Dengan Kerjasama PAB Consultant Dalam Merealisasikan Seminar Kecemerlangan Ini Ke Seluruh Semenanjung Malaysia. Buat Krew JMG Anda Sememangnya Hebat Dengan Kerjasama Dan Kerja Berpasukan Yang Menjadikan Seminar Ini Berjaya Dengan Cemerlangnya. Buat Adik-Adik Peserta Dari Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Kelantan Dan Terengganu. Buat Yang Terbaik. InsyaAllah, Kami Warga JMG Mendoakan Kejayan Adik-Adik Semua. InsyaAllah !!! Berikut Antara Galeri Gambar Tambahan Sepanjang Seminar Kecemerlangan Ini Berlangsung Di Seluruh Semenanjung Malaysia.

Salah Seorang Peserta Seminar Meminta Autograf & Nasihat Daripada Ustaz Fadly
Sesi Pendaftaran Dan Maklum Balas Ibu Bapa Tentang Seminar Kecemerlangan Ini
Ustaz Fadly Menemuramah Salah Seorang Pesert Seminar Kecemerlangan
Sebahagian Peserta Mengambil Gambar Kenangan Bersama Motivator JMG Iaitu Ustaz Fadly
Nantikan Jelajah Siri Seminar Kecemerlangan Ini Untuk Tahun 2013. InsyaAllah !!!

SEMOGA USAHA KITA AKAN DIBERKATI ALLAH
INSYAALLAH !!!

15 Februari 2012

PUSAT SUMBER JABATAN KETUA MENTERI MELAKA DAN PERTUBUHAN BELIA PEMIKIR MUDA MALAYSIA MENJEMPUT MOTIVATOR JMG DAN ANGKASAWAN NEGARA UNTUK PROGRAM MOTIVASI 1 MALAYSIA


MTFF SUNGAI UDANG - 31 DISEMBER 2011 : Bahagian Pusat Sumber Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Belia Pemikir Muda Malaysia telah mengadakan Program Motivasi Riang Ria Cuti Sekolah 1 Malaysia. Program selama sehari ini telah diadakan di Dewan Besar Malaysia Tropicana Fruit Farm ( MTFF ) Sungai Udang Melaka. Ia telah disertai seramai 350 orang pelajar terpilih melalui sekolah-sekolah yang berdekatan. Apa yang menarik program ini telah menampilkan dua orang Motivator terkenal iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin (Motivator JMG) dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukur (Angkasawan Pertama Negara). Kedua-dua Motivator ini telah berkongsi ilmu dan input dalam memberi suntikan motivasi kepada anak pelajar seterusnya membantu negara dalam membina remaja yang ideal.

 Ustaz Fadly Telah Menyampaikan Ceramah Motivasi Bertajuk Remaja Cemerlang

 350 Orang Peserta Terdiri Daripada Para Pelajar PMR & SPM Untuk Tahun 2012

Seperti biasa Ustaz Fadly hadir bersama pembantunya iaitu Encik Mohd Azri Bin Md Yatim yang akan bertindak selaku Trainer JMG dalam mana-mana program JMG terutamanya yang melibatkan Slot Muhasabah Diri. Untuk ceramah kali ini, Ustaz Fadly banyak menekankan aspek pembangunan diri dan sahsiah dalam diri seorang remaja. Ustaz Fadly juga mendedahkan kepada peserta tentang tanggungjawab serta peranan remaja dalam membantu negara menjadi sebuah negara yang maju. Selain itu juga kesedaran remaja juga penting kerana dengan kesedaran itu mampu membangkitkan semangat remaja untuk berjaya dan cemerlang pada masa akan datang.

 Respon Semua Peserta Terhadap Ceramah Yang Disampaikan Oleh Ustaz Fadly Amat Baik

 Ustaz Fadly Menemubual Salah Seorang Peserta Lelaki Dalam Slot Ceramahnya

 Angkasawan Pertama Negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor hadir di sebalah petang untuk berkongsi pengalaman dengan pelajar terutama pengalamannya sebagai Angkasawan Negara dan pengalamannya berada di ICC selama hampir 2 minggu di sana. Pengalamannya itu menarik minat pelajar untuk pelajar menerokai alam cakerawala dan bercita-cita untuk menjadi seperti Dr SMS ini. Ramai peserta juga telah menjadikan Dr SMS sebagai salah seorang idola dalam hidup mereka dan ia mampu memberikan rangsangan dan motivasi ke arah menjadi remaja Malaysia yang hebat pada masa akan datang.

Laungan Semangat Yakin Boleh Para Peserta Bersama Ustaz Fadly Dan En Mohd Rafiq

Menurut kata Pengarah Bahagian Pusat Sumber Jabatan Ketua Menteri Melaka iaitu Encik Mohd Rafiq : Program ini telah dirancang sebelum menjelang cuti sekolah yang lalu. Ini sebagai salah satu medium kepada anak pelajar yang menyertai program ini untuk mempersiapkan diri sebelum memasuki persekolahan untuk sesi yang baru. Pihak kami berikan yang terbaik dan yang hadir memberikan ceramah adalah dikalangan yang terbaik. Terpulang kepada pihak pelajar untuk mengamalkannya atau tidak sebab Kerajaan Negeri sudah membantu memberikan jalan dan method. Keputusan di tangan pelajar sama ada mahu berjaya atau sebaliknya. Walau apapun saya yakin semua peserta pasti teruja dan seronok hadir ke program ini dan pihak kami mengharap dengan ilmu serta pengalaman yang telah dicurahkan oleh Ustaz Fadly dan Dr SMS, ia mampu membantu anak pelajar khususnya remaja menjadi remaja yang berguna kepada negara.

Simbolik Larian Ke Arah Menuju Jalan Kecemerlangan Diketuai Ustaz Fadly

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka. Pihak Jazim Motivation Group (JMG) ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Bahagian Pusat Sumber Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Pertubuhan Belia Pemikir Muda Malaysia di atas jemputan dan kepercayaan ini. Semoga segala usaha yang telah dijalankan akan diberkati dan dirahmati Allah. Jom Ke Arah Insan Cemerlang & Luar Biasa Hebat !!! InsyaAllah.

ARE YOU READY ??? YES !!! ARE YOU SURE ??? YES !!! YES !!! YES !!!
JADILAH INSAN LUAR BIASA HEBAT DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT

10 Februari 2012

KURSUS MOTIVASI KECEMERLANGAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) AYER MOLEK MELAKA BERSAMA JAZIM MOTIVATION GROUP ( JMG )


 29 JANUARI - SAUJANA ASAHAN : Kolej Profesioanal Mara (KPM) Ayer Molek Melaka Dengan Kerjasama Jazim Motivation Group (JMG) Melaka telah mengadakan satu program iaitu Kursus Motivasi Kecemerlangan 2012. Program yang diadakan pada 28 & 29 Januari 2012 iaitu selama 2 hari 1 malam ini telah diadakan di Kem Saujana Asahan Jasin Melaka. Pihak KPM Ayer Molek Melaka telah menggunakan khidmat Jazim Motivation Group sepenuhnya untuk mengendalikan program ini.


Sebahagian Peserta Program Seronok Dengan Aktiviti Menara Belon

Para Peserta Sedang Berbincang Dalam Aktiviti LDK : Latihan Dalam Kumpulan

Jazim Motivation Group (JMG) seperti biasa hadir dengan diketuai Motivatornya iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin dan dibantu 4 orang fasilitator iaitu Encik Azri, Ustaz Fakhrul, Ustaz Zulhilmi dan En Hafiz. JMG telah mengaturkan beberapa aktiviti dan pengisian bagi memastikan setiap objektif yang telah digariskan oleh Kolej Profesional Mara Ayer Molek tercapai. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah Motivasi, Ice-Breaking, Team Building, Ledakkan Potensi Diri, Kembara Malam, Menara Belon, LDK, Dan Public Speaking. Semua peserta yang menyertai kursus ini dapat mengikuti setiap aktiviti dengan baik.

Aktiviti Yang Menguji Tahap Kesabaran, Jalinan Kerjasama, Patuh Arahan Dan Strategi Kumpulan

Ceramah Motivasi Dapat Menyuntik Semangat Dan Azam Yang Baru Kepada Setiap Peserta Kursus

 Mengikut jurucakap KPM Ayer Molek iaitu Puan Siti Jaleeha yang juga merupakan seorang Kaunselor di KPM Ayer Molek berkata : Program pada kali menumpukan kepada aspek peningkatan diri dalam akademik pelajar dan juga penetapan matlamat yang jelas. Ini kerana semua peserta yang terlibat merupakan pelajar yang mendapat PNGK yang agak rendah dan membimbangkan. Justeru pihak KPM mengambil aniasitif mengadakan kursus ini malah dapat bekerjasama dengan Syarikat Konsultant yang hebat iaitu Jazim Motivation Group (JMG). Kami yakin dengan kredebiliti yang ada pada JMG berdasarkan pengalaman JMG mengendalikan kursus-kursus seumpama ini. Kami berharap semua peserta akan bangkit dari lena tidur agar memacu kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. InsyaAllah.

Antara Modul Team Building Yang Dikendalikan Oleh JMG Dalam Kursus Ini

Ustaz Fadly Bersama Fasilitator JMG Iaitu Ustaz Fakhrul Bermain Sama Dalam Aktiviti Menguji Minda

Majlis Perasmian Penutup telah selamat disempurnakan oleh salah seorang wakil pensyarah iaitu Ustaz Wan. Dalam ucapan perasmian ini, Ustaz Wan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JMG dan secara peribadinya merasakan program yang dikendalikan oleh JMG amat menarik dan terbaik serta seimbang duniawi dan ukhrawi. Pengarah Urusan JMG merangkap Motivator JMG dalam ucapannya pula mengucapkan terima kasih kepada pihak KPM kerana sudi bekerjasama dengan pihak JMG. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. InsyaAllah.

SEMOGA ADIK-ADIK SEMUA BERJAYA
DI DUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT

11 Januari 2012

PROGRAM PRIHATIN REMAJA FAKULTI PENDIDIKAN UKM DI SMK DATO' SHAHARDIN LABU NEGERI SEMBILAN BERSAMA MOTIVATOR JMG


LABU NEGERI SEMBILAN - 14 November 2011 : Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama SMK Dato' Shahardin Labu Negeri Sembilan telah mengadakan satu program yang dinamakan "Program Prihatin Remaja". Program selama sehari ini dibuat adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan remaja memandangkan isu remaja masakini tentang masalah gejala sosial hebat diperkatakan. Mahasiswa Sarjana Pendidikan UKM mengambil anisiatif dengan menganjurkan program ini sebagai salah satu tanda prihatin Mahasiswa kepada golongan remaja dan isu ini di peringkat nasional. Pihak penganjur telah memilih Jazim Motivation Group (JMG) sebagai konsultant yang mengendalikan program ini secara bersama dengan pihak sekolah dan juga Fakulti Pendidikan UKM sendiri.

 Sebahagian Pelajar Perempuan Seronok Mendengar Ceramah Motivasi Ustaz Fadly

 Apa yang menarik, program ini telah disusun dengan melibatkan pelbagai aktiviti. Fokus utama adalah kesedaran pelajar terhadap masalah gejala sosial yang melanda remaja masakini. Justeru, satu slot Ceramah Motivasi Remaja Masakini telah diadakan dan ia telah disampaikan oleh Pengarah Urusan JMG iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin. Dalam ceramahnya, Ustaz Fadly banyak menyentuh soal halatuju remaja masakini dan isu-isu remaja selain mendedahkan kepada pelajar cara membina jati diri yang kuat untuk menjadi seorang remaja yang ideal dan berwibawa pada masa akan datang.

 Pelajar Lelaki Memberikan Fokus Kepada Apa Yang Disampaikan Oleh Ustaz Fadly

Selain daripada Slot Ceramah Motivasi Remaja, pihak penganjur juga telah menjemput sepuluh agensi untuk membuat pameran bagi memberikan info terkini kepada anak remaja. Antara agensi yang terlibat dalam pameran ini adalah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Di Raja Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan IKRAM Malaysia, Pusat Pengasih, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) dan beberapa agensi lain termasuk Jazim Motivation Group (JMG) sendiri. Pameran ini juga diselitkan dengan kuiz bertujuan menggalakkan pelajar mencari info berkaitan soalan yang ditanyakan. Pihak JMG juga tidak ketinggalan mengadakan pameran tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, galeri gambar program, tayangan video program, keratan akhbar berkaitan isu remaja dan soalan kuiz. Rata-rata para pelajar di sini amat tertarik dengan pameran daripada Jazim Motivation Group terutamanya tayangan video tentang aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan oleh pihak Jazim Motivation Group.

 Sebahagian Pelajar Lelaki Duduk Menonton Tayangan Video Program-Program JMG

 Ustaz Fadly Memberikan Penerangan Kepada Guru Sekolah Ini Tentang Program JMG

 Menurut jurucakap wakil kepada pihak penganjur iaitu Mahasiswa Sarjana Fakulti Pendidikan UKM iaitu Ustaz Azraie yang juga merupakan Finalis Akademi Al-Quran TV9 : Syukur, kami merasakan program ini berjaya dilaksanakan dengan baik. Pihak sekolah terutama Pengetua memberikan kerjasama yang baik kepada kami untuk melaksanakan program murni ini. Pihak kami memilih SMK Dato' Shahardin di Labu Negeri Sembilan ini memandangkan sekolah ini merupakan sekolah luar bandar dan jarang ada pihak-pihak yang sudi menghulurkan tangan mengadakan program seperti ini. Kami juga memilih Jazim Motivation Group untuk mengisi Slot Ceramah Motivasi yang telah disampaikan oleh Motivatornya iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin kerana kepakaran yang dimiliki oleh Ustaz Fadly sendiri. Dengan adanya program ini sekurang-kurangnya dapat membantu memberi kesedaran kepada golongan remaja tentang erti kejayaan.

 Ustaz Fadly Menyampaikan Cenderahati JMG Kepada Salah Seorang Pengunjung Bertuah

Semoga Ilmu Yang Telah Disampaikan Dapat Diamalkan Oleh Warga SMK Dato' Shahardin

Majlis Perasmian Program telah disempurnakan oleh Professor Dr Hassan iaitu Pensyarah di Fakulti Pendidikan dan juga merupakan aktivis Amal Palestin. Apapun pihak JMG ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur khususnya Fakulti Pendidikan UKM di atas jemputan ini. Semoga segala ilmu dan kenangan yang telah diperolehi memberi sinar kejayaan kepada kita semua. InsyaAllah.

TERIMA KASIH DAUN KELADI
 TAHUN DEPAN JEMPUTLAH JMG LAGI

KURSUS MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR SK DATO DEMANG HUSSIN BUKIT KATIL MELAKA BERSAMA JAZIM MOTIVATION GROUP ( JMG )


BUKIT KATIL - 11 NOVEMBER 2011 : Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Dato Demang Hussin Bukit Katil Melaka (SKKDH) telah mengadakan Kursus Motivasi Kecemerlangan Pelajar untuk pelajar tahun lima sekolah ini. Kursus selama setengah hari ini telah disertai seramai hampir 200 orang peserta dan telah diadakan di Dewan Dato Demang Hussin yang tesergam indah. Pihak sekolah dengan rasa yakin dan percaya telah memilih Jazim Motivation Group (JMG) untuk mengendalikan sepenuhnya program ini. Pihak JMG hadir diketuai Pengarah Urusan dan Motivatornya iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin.

 Pengarah Urusan & Motivator JMG Iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin

 Pendekatan Yang Digunakan Ustaz Fadly Memang Menarik Minat Pelajar

Menurut jurucakap sekolah iaitu Cikgu Bakri yang juga merupakan Kaunselor Sekolah menyatakan : Antara objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi suntikan motivasi awal kepada pelajar tahun lima yang mana mereka ini merupakan calon UPSR sekolah pada tahun 2012. Pihak sekolah sentiasa memberikan yang terbaik buat pelajar di sekolah ini. Justeru pihak sekolah tidak teragak-agak untuk memilih Jazim Motivation Group (JMG) yang memang sinonim dengan kami sejak tahun 2005 lagi untuk mengendalikan sepenuhnya program ini. JMG memang sudah terkenal di Melaka dan pihak sekolah tahu akan keupayaan JMG untuk berikan yang terbaik kepada pelajar kami.

Antara Aktiviti Yang Dijalankan Dalam Kursus Ini Dibantu Fasilitator JMG

Pihak JMG telah mengatur beberapa pengisian yang dapat membantu peserta mencapai objektif yang telah digariskan oleh pihak sekolah. Antara pengisian yang dibuat adalah Ice-Breaking. Team Building, Ceramah Motivasi Kecemerlangan, Transformasi Minda dan Slot Muhasabah Diri. Kesemua aktiviti ini diketuai oleh Ustaz Mohd Fadly Bin Samin dibantu 4 orang fasilitator JMG. Secara keseluruhannya para pelajar begitu seronok dan dapat ikuti setiap aktiviti dengan baik. Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan dapat diambil iktibar kepada semua pelajar agar mampu menghasilkan keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.

Salah Seorang Pelajar Menitiskan Air Mata Dalam Slot Muhasabah Diri

Pihak Jazim Motivation Group ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah teruatamanya kepada Puan Aisyah Guru Besar SKDDH dan Cikgu Bakri Kaunselor SKDDH. Semoga jalinan kerjasama yang telah dibentuk sejak tahun 2005 ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Buat adik-adik pelajar yang menyertai program ini, pihak JMG mnedoakan kejayaan adik-adik dalam UPSR tahun 2012. Do The Best Allah Will Do The Rest. InsyaAllah.

IM THE BEST !!! YOU ARE THE BEST !!! WE ARE THE BEST !!!
TERBAIK DARI KAMI JAZIM MOTIVATION GROUP ( JMG ) MELAKA

10 Januari 2012

KURSUS MOTIVASI KAKITANGAN PERBADANAN MUZIUM MELAKA (PERZIM) BERSAMA JAZIM MOTIVATION GROUP ( JMG )


 PERINGGIT - 1 NOVEMBER 2011 : Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) telah mengadakan satu program untuk kakitangan dah ahli keluarga PERZIM pada 29 Oktober 2011. Program yang dinamakan "Kursus Motivasi Kakitangan & Ahli Keluarga PERZIM" ini telah diadakan di Dewan Galeri Ketua Menteri Bukit Peringgit Melaka. Bagi memastikan objektif program ini tercapai, pihak PERZIM telah memilih Jazim Motivation Group (JMG) Melaka untuk mengendalikan sepenuhnya program ini. Pihak PERZIM yakin dan percaya bahawa JMG mampu mengendalikan kursus ini dengan baik seterusnya memberi impak kepada seluruh kakitangan dan ahli keluarga PERZIM sendiri.

Ustaz Fadly Sedang Mengendalikan Sesi Ceramahnya Bersama Salah Seorang Staff Perzim

























































































































 Antara Galeri Gambar Kursus Motivasi Kakitangan & Ahli Keluarga Perbadanan Muzium Melaka

 Menurut jurucakap kepada PERZIM iaitu Encik Johari : Tujuan utama kami mengadakan kursus ini adalah untuk memberi sedikit motivasi kepada kakitangan PERZIM serta mengeratkan lagi hubungan tali sillaturrahim antara ahli keluarga staff PERZIM. InsyaAllah dengan pengalaman yang ada pada Jazim Motivation Group terutama Motivatornya iaitu Ustaz Fadly, segala objektif yang telah ditetapkan mampu digapai. Pihak JMG telah membariskan dua orang Motivator yang terdiri daripada Pengarah Urusan JMG sendiri iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin dan seorang lagi Motivator jemputan JMG iaitu Ustaz Mohd Hanuar Bin Mohd Talib. Kedua-dua Motivator ini telah berkongsi ilmu dan pandangan dalam membina sebuah organisasi yang mantap dan kukuh serta sebuah keluarga yang harmonis. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Perbadanan Muzium Melaka sendiri iaitu Dato Haji Khamis. Pihak JMG ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PERZIM di atas kepercayaan yang telah diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. InsyaAllah.

KE ARAH MEMBENTUK ORGANISASI YANG MANTAP
SILLATURRAHIM YANG KUKUH DAN IMAN YANG TEGUH

SMK DATO ABDUL RAHMAN YAAKUB SEKALI LAGI MENJEMPUT USTAZ FADLY UNTUK CERAMAH MOTIVASI PECUTAN AKHIR SPM & STPM


MERLIMAU - 28 OKTOBER 2011 : Unit Bimbingan Kaunseling SMK Dato Abdul Rahman Yaakub (SDARY) Merlimau Melaka buat kali ketiga tahun ini menjemput Pengarah Urusan dan Motivator JMG iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin untuk menyampaikan Ceramah Motivasi Pecutan Terakhir untuk 250 orang calon SPM dan STPM sekolah ini bagi tahun 2011. Sebelum ini, pihak sekolah pernah menjemput Ustaz Fadly untuk bersama dengan Pelajar Target Sekolah dan sekali lagi bersama para pelajar PMR sekolah 2011. Pada jemputan kali ini, semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM & STPM dikumpulkan untuk diberi motivasi dan tips-tips terakhir sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan.

Ustaz Fadly Samin Berkongsi Tips-Tips Menghadapi Peperiksaan SPM & STPM

Sebahagian Pelajar Perempuan Sedang Khusyuk Mendengar Ceramah Ustaz Fadly

Ceramah ini telah diadakan di Dewan Besar SDARY bermula jam 8.30 pagi - 10.30 pagi. Program ini juga telah dihadiri semua guru-guru SPM & STPM. Antara topik yang disentuh dalam ceramah ini ialah persediaan terakhir pelajar dalam menuju gerbang masa depan yang sebenar selain tips-tips yang boleh diamalkan pelajar ketika menghadapi tekanan dalam zon kritikal ini. Pelajar juga diberi pendedahan dalam aspek pengurusan masa dan kendiri pelajar agar pelajar mampu bersedia dalam segenap aspek iaitu fizikal dan mental. Aspek rohani juga disentuh dalam memberi sentuhan motivasi dalam diri setiap pelajar.

Ustaz Fadly Menemubual Salah Seorang Pelajar STPM Lelaki SDARY

Menurut Kaunselor Sekolah SDARY iaitu Puan Noraini : Pihak sekolah amat tertarik dengan pendekatan yang dibawa oleh Ustaz Fadly dalam setiap ceramahnya. Selain itu content ceramahnya amat menarik minat pelajar dan banyak membantu pelajar ke arah menjadi pelajar yang cemerlang. Kami sentiasa akan bekerjasama dengan pihak Jazim Motivation Group khususnya Ustaz Fadly dalam membentuk pelajar yang cemerlang di dalam akademik serta sahsiah diri. Pihak JMG juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang tidak putus-putus menjemput pihak JMG untuk berkongsi ilmu dengan anak pelajarnya. Semoga usaha yang dilakukan diberkati dan pelajar mampu menggapai kejayaan yang cemerlang.

SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA PELAJAR SDARY
IKHLAS DARI KAMI WARGA JAZIM MOTIVATION GROUP MELAKA