11 Januari 2012

KURSUS MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR SK DATO DEMANG HUSSIN BUKIT KATIL MELAKA BERSAMA JAZIM MOTIVATION GROUP ( JMG )


BUKIT KATIL - 11 NOVEMBER 2011 : Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Dato Demang Hussin Bukit Katil Melaka (SKKDH) telah mengadakan Kursus Motivasi Kecemerlangan Pelajar untuk pelajar tahun lima sekolah ini. Kursus selama setengah hari ini telah disertai seramai hampir 200 orang peserta dan telah diadakan di Dewan Dato Demang Hussin yang tesergam indah. Pihak sekolah dengan rasa yakin dan percaya telah memilih Jazim Motivation Group (JMG) untuk mengendalikan sepenuhnya program ini. Pihak JMG hadir diketuai Pengarah Urusan dan Motivatornya iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin.

 Pengarah Urusan & Motivator JMG Iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin

 Pendekatan Yang Digunakan Ustaz Fadly Memang Menarik Minat Pelajar

Menurut jurucakap sekolah iaitu Cikgu Bakri yang juga merupakan Kaunselor Sekolah menyatakan : Antara objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi suntikan motivasi awal kepada pelajar tahun lima yang mana mereka ini merupakan calon UPSR sekolah pada tahun 2012. Pihak sekolah sentiasa memberikan yang terbaik buat pelajar di sekolah ini. Justeru pihak sekolah tidak teragak-agak untuk memilih Jazim Motivation Group (JMG) yang memang sinonim dengan kami sejak tahun 2005 lagi untuk mengendalikan sepenuhnya program ini. JMG memang sudah terkenal di Melaka dan pihak sekolah tahu akan keupayaan JMG untuk berikan yang terbaik kepada pelajar kami.

Antara Aktiviti Yang Dijalankan Dalam Kursus Ini Dibantu Fasilitator JMG

Pihak JMG telah mengatur beberapa pengisian yang dapat membantu peserta mencapai objektif yang telah digariskan oleh pihak sekolah. Antara pengisian yang dibuat adalah Ice-Breaking. Team Building, Ceramah Motivasi Kecemerlangan, Transformasi Minda dan Slot Muhasabah Diri. Kesemua aktiviti ini diketuai oleh Ustaz Mohd Fadly Bin Samin dibantu 4 orang fasilitator JMG. Secara keseluruhannya para pelajar begitu seronok dan dapat ikuti setiap aktiviti dengan baik. Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan dapat diambil iktibar kepada semua pelajar agar mampu menghasilkan keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.

Salah Seorang Pelajar Menitiskan Air Mata Dalam Slot Muhasabah Diri

Pihak Jazim Motivation Group ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah teruatamanya kepada Puan Aisyah Guru Besar SKDDH dan Cikgu Bakri Kaunselor SKDDH. Semoga jalinan kerjasama yang telah dibentuk sejak tahun 2005 ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Buat adik-adik pelajar yang menyertai program ini, pihak JMG mnedoakan kejayaan adik-adik dalam UPSR tahun 2012. Do The Best Allah Will Do The Rest. InsyaAllah.

IM THE BEST !!! YOU ARE THE BEST !!! WE ARE THE BEST !!!
TERBAIK DARI KAMI JAZIM MOTIVATION GROUP ( JMG ) MELAKA

Tiada ulasan: