30 Jun 2011

CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR BERSAMA USTAZ MOHD FADLY BIN SAMIN DI SMK BUKIT BARU NEGERI MELAKA

BUKIT BARU : 15 JUN 2011 - Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Bukit Baru dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka telah mengadakan satu sesi ceramah kepada para pelajar sasaran sempena "Kempen Anti Ponteng" yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Pihak penganjur melalui RKSK telah menjemput Perunding Motivasi JMG iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin bagi mengisi slot ceramah ini. Menurut kata Kaunselor Sekolah ini "Kempen Anti Ponteng ini merupakan satu program yang disusun oleh pihak sekolah melalui Unit Kaunseling bagi memberi kesedaran kepada pelajar akan kepentingan pelajar menghadirkan diri ke sekolah demi masa depan mereka".

Ustaz Fadly Sedang Memberikan Ceramahnya Bertajuk Peranan Pelajar Masakini

Seperti biasa Ustaz Fadly mengambil tanggungjawab ini bagi membantu para pelajar yang hadir agar tidak menjadikan keseronokkan sementara ini sebagai satu perkara yang menyebabkan pelajar hari ini malas mahu ke sekolah. Ceramah ustaz yang bertajuk "Peranan Pelajar Masakini" banyak menyentuk aspek tanggungjawab pelajar ke sekolah dan ustaz cub
a membuka minda pelajar agar mereka faham kenapa mereka perlu hadir ke sekolah. Ustaz Fadly juga ada menyentuh soal masa depan pelajar dan isu semasa yang melibatkan anak remaja.

Para Pelajar Khusyuk Mendengar Ceramah Yang Disampaikan Oleh Ustaz Fadly

Secara keseluruhannya para pelajar yang hadir dapat mengikuti ceramah yang telah disampaikan oleh ustaz dengan baik. Harapan ustaz agar dengan adanya ceramah atau kempen seperti ini dapat membantu pihak sekolah mengurangkan peratusan pelajar yang ponteng ke sekolah. Ini secara tidak langsung dapat membantu hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi muda yang berilmu dan berwawasan. InsyaAllah. Penutup program telah diadakan majlis penyampaian cenderahati kepada ustaz yang telah disampaikan oleh guru kaunselor sekolah. Pihak JMG ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan RKSK atas jemputan yang telah diberikan. Semoga adik-adik yang telah mengikuti ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Fadly dapat mengambil input yang berguna demi masa depan.

Cenderahati Kenang-Kenangan Pihak Sekolah Untuk Ustaz Mohd Fadly Bin Samin

Tiada ulasan: