10 Mei 2011

KEM KECEMERLANGAN SAHSIAH DAN AKADEMIK PELAJAR SMK MUNSHI ABDULLAH BATU BERENDAM NEGERI MELAKA BERSAMA JMG

BATU BERENDAM : 12 MAC 2011 - Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Munshi Abdullah dengan kerjasama erat Jazim Motivation Group (JMG) telah mengadakan Kem Kecemerlangan Sahsiah Pelajar dan Ceramah Motivasi Keibubapaan pada 11 & 12 Mac 2011 di surau sekolah. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini melibatkan peserta seramai 150 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu hingga tiga. Antara objektif utama diadakan program ini adalah untuk melahirkan anak pelajar yang mempunyai kecemerlangan akademik dan sahsiah yang seimbang memandangkan usia remaja seperti ini merupakan usia yang cukup mencabar minda dan fizikal mereka. Bagi memastikan objektif ini tercapai, pihak sekolah melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling telah memilih Jazim Motivation Group (JMG) yang diketuai oleh iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin.

Barisan JMG Trainer & JMG Fasilitator Serta Dibantu Barisan PRS Munshi

Menurut kata Ustaz Fadly, pihak JMG telah mengatur beberapa modul yang menjurus kepada pembangunan dalam aspek rohani bagi memastikan kecemerlangan akademik dan sahsiah dapat diseimbangkan selain aktiviti luar yang dapat memberi tarikan kepada para peserta. InsyaAllah dengan bantuan JMG Trainer dan fasilitator, saya yakin program ini dapat memberi impak yang mendalam kepada semua para peserta. InsyaAllah.

Kerjasama Kumpulan Dipupuk Dalam Program Kecemerlangan Sahsiah Ini

Salah Satu Kumpulan Mempersembahkan Trade Mark Kumpulan Mereka

Pada hari kedua sebelum majlis penutup telah diadakan juga Ceramah Motivasi Keibubapaan yang mana semua ibu bapa hadir dan duduk bersama anak-anak dalam slot ini. Seperti biasa, slot ini dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Fadly yang sememangnya pakar dalam slot ini. Dalam ceramah ini, Ustad Fadly telah menekankan aspek pembangunan ukhrawi anak-anak yang banyak dilepas pandang oleh ibu bapa masakini. Apa yang menarik, ramai ibu bapa dan anak-anak mengalirkan air mata apabila melihat kesilapan setiap insan dalam berperanan sebagai anak-anak dan juga sebagai ibu bapa. Ia juga telah berjaya memberi inspirasi baru dalam setiap peserta agar semua peserta keluar sebagai insan yang mempunyai jiwa dan semangat yang baru.

Solat Jemaah Diwajibkan & Diperaktikkan Sepanjang Program Berlangsung

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Pengarah RKSK iaitu Ustaz Johari Bin Yusof. Turut hadir sama seluruh barisan pentadbir sekolah termasuk Yang Dipertua PIBG sekolah. Secara keseluruhannya program ini telah berjaya dikendalikan oleh JMG dan semua peserta mendapat sesuatu yang boleh dibawa pulang seterusnya diamalkan dalam kehidupan dunia yang menjadi jambatan kepada kehidupan akhirat sana.

SEMOGA ADIK-ADIK BERJAYA DI DUNIA & DI AKHIRAT
KAMI WARJA JMG MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA INSYAALLAH


Tiada ulasan: