7 Mei 2011

JMG MENGENDALIKAN KURSUS REMAJA IDEAL UNTUK PENGHUNI SEKOLAH TUNAS BAKTI SUNGAI LEREH NEGERI MELAKA

SUNGAI LEREH : 16 MAC 2011 - Unit Pentadbiran Sekolah Tunas Bakti Melaka (STB) dengan kerjasama Jazim Motivation Group ( JMG ) telah mengadakan satu program khas untuk para penghuni STB iaitu Kursus Remaja Ideal. Program selama 2 hari tanpa bermalam ini telah diadakan di STB dan disertai seramai 100 orang. Pengurus program iaitu Ustazah Aziah yang juga merupakan Tenaga Pengajar di Tunas Bakti menyatakan : Kursus Remaja Ideal ini dirangka untuk semua penghuni di sini bagi memastikan remaja yang duduk di sini tidak merasakan masa depan mereka sudah berakhir dan gelap buat selamanya. Pihak STB ingin menunjukkan kepada semua penghuni bahawa mereka ada peluang kedua untuk perbaiki kesilapan lalu dan sebenarnya mereka boleh keluar dari sini dengan menjadi seorang remaja yang lebih ideal daripada remaja-remaja di luar sana. Justeru pihak kami telah memilih Jazim Motivation Group ( JMG ) yang sememangnya terkenal di Melaka bagi memastikan objektif program ini akan tercapai.

Ustaz Fadly Sedang Membantu Salah Satu Kumpulan Dalam Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan ( LDK )

Jazim Motivation Group telah mengaturkan beberapa modul dan pengisian yang sesuai dengan objektif program bagi memastikan matlamat tercapai. Alhamdulillah, semua peserta dapat menerimanya dan dapat mengikuti program ini dengan baik. Apa yang menarikpara peserta di sini telah menunjukkan satu sikap yang positif iaitu untuk berubah demi masa depan yang lebih gemilang. JMG yang diketuai Moderatornya iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin dan dibantu 8 orang fasilitator terlatih telah berjaya mengendalikan program ini dengan baik. Menurut kata salah seorang peserta : Kami penghuni di sini selalu mengikuti program-program motivasi seumpama ini tetapi ikhlas saya katakan program kali ini saya rasa lain kerana ada sesuatu yang telah meresap dalam minda dan diri saya bagi memastikan saya mampu menjadi insan yang lebih hebat diluar sana apabila saya keluar nanti. Terima kasih buat semua fasilitator dan warga JMG yang telah membantu kami sedar akan kesilapan kami yang lalu.

Ustaz Fadly Bersemangat Dalam Menyampaikan Ceramahnya : Aku Remaja Ideal !!!

Kak Nas Salah Seorang Fasilitator JMG Memberikan Penerangan Kepada Peserta

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengetua Sekolah Tunas Bakti. Diakhir program terdapat sebahagian besar peserta mengalirkan air mata. Mungkin ada sesuatu yang mereka perolehi daripada program ini dan mungkin ada persoalan yang sudah terjawab melalui program ini. Apapun pihak JMG ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah Tunas Bakti kerana masih memberi peluang dan kepercayaan kepada pihak JMG bagi mengendalikan program-program untuk penghuni Tunas Bakti ini. Doa dan harapan agar semua peserta di Tunas Bakti akan tabah menghadapi ranjau dan duri dalam menyelami apa itu erti kehidupan yang sebenar dan seterusnya menjadi seorang remaja ideal. InsyaAllah.

Kerjasama Berkumpulan Penting Dalam Memastikan Hasil Kerja Berkualiti

Brother Ayie Salah Seorang Trainer JMG Dengan Gayanya Tersendiri

SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM
KECUALI KAUM ITU MENGUBAH NASIBNYA SENDIRI
RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL

Tiada ulasan: