7 Mei 2011

KEM KEPIMPINAN PELAJAR DAN JATI DIRI SEKOLAH KEBANGSAAN MALIM BERSAMA JMG DI ANJUNG TASIK DURIAN TUNGGAL NEGERI MELAKA

ANJUNG TASIK : 5 APRIL 2011 - Unit Bimbingan Dan Kaunseling serta Badan Kepimpinan Pelajar Sekolah Kebangsaan Malim dengan kerjasama erat Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku ( RKSK ) Jabatan Ketua Menteri Melaka telah menganjurkan Kem Kempimpinan Pelajar dan Jati Diri untuk 120 peserta terdiri daripada Barisan Kepimpinan Pelajar Sekolah Kebangsaan Malim Negeri Melaka. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini telah diadakan di Anjung Tasik Durian Tunggal Melaka dan Jazim Motivation Group ( JMG ) telah dipilih oleh pihak penganjur bagi mengendalikan sepenuhnya program ini.

Inilah Dia Para Peserta Yang Juga Merupakan Pemimpin Kecil Pelajar SK Malim Melaka

Seperti biasa, JMG yang dibarisi trainer dan fasilitator yang terlatih hadir diketuai  Moderatornya iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin. Terdapat beberapa aktiviti dan modul yang telah diatur bagi memastikan setiap objektif yang ditetapkan akan tercapai. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Ice-Breaking, Group Binding, Group Identity, Ceramah Motivasi Kepimpinan, Team Building, Night Walking dan juga Kenali Karektor Sebagai Seorang Pemimpin. Rata-rata semua peserta ceria dan dapat mengikuti program ini dengan baik. Tahniah dan Syabas untuk semua peserta !!!

Wajah Ceria Sebahagian Peserta Dalam Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Peserta Khusyuk Mendengar Taklimat Sebelum Aktiviti Team Building

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK Malim. Turut serta hadir dalam majlis perasmian program ini iaitu Guru Besar, NYDP PIBG dan juga Penolong Pengarah RKSK iaitu Ustaz Bazri Bin Abu Bakar. Pihak JMG ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu SK Malim dan juga RKSK kerana tidak putus-putus memberi kepercayaan kepada JMG mengendalikan program-program seumpama ini. Doa dan harapan agar semua peserta yang telah mengikuti program ini dapat menjadi role model yang terbaik seterusnya menjadi pemimpin yang berkaliber di sekolah dan pada masa depan. InsyaAllah.

Teguran & Nasihat Yang Telah Diberikan Ustaz Fadly Kepada Semua Pemimpin

TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SEMUA PESERTA
JADILAH PEMIMPIN YANG DIHORMATI BUKAN DITAKUTI


Tiada ulasan: