7 Mei 2011

BIRO PENDIDIKAN UMNO KOTA MELAKA DAN YPM MENJEMPUT JMG MENGENDALIKAN SEMINAR MOTIVASI RANGSANGAN MINDA 2011

MELAKA : 19 MAC 2011 - Biro Pendidikan UMNO Kota Melaka dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA sekali lagi memilih Jazim Motivation Group (JMG) bagi mengendalikan Seminar Motivasi Rangsangan Minda untuk para pelajar UPSR, PMR, SPM dan STPM sekitar kawasan Kota Melaka. Seminar yang berlangsung selama satu hari ini telah diadakan di Dewan Taming Sari MBMB Ayer Keroh Melaka dan telah disertai seramai 350 orang pelajar bersama ibu bapa. Menurut kata Pengerusi Biro Pendidikan Kota Melaka iaitu Encik Akramuddin : Program ini bertujuan untuk memberi rangsangan minda kepada semua pelajar agar minda mereka menjadi minda yang berfikiran positif ke arah menuju kecemerlangan. Saya memilih Jazim Motivation Group kerana saya percaya dan yakin akan kekuatan dan pengalaman yang ada pada JMG terutama Ustaz Mohd Fadly Bin Samin yang mempunyai daya tarikan yang menarik dan semestinya memberi kesan yang mendalam kepada semua peserta. InsyaAllah.


Ustaz Mohd Fadly Samin hadir dan dibantu dengan Trainer JMG yang lain bagi memastikan program kali ini dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Semestinya seminar yang dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Mohd Fadly memberi gelak tawa oleh peserta atas pendekatan yang menarik ditunjukkan oleh Ustaz Fadly. Apa yang menarik, seminar kali ini juga disertai oleh ibu bapa yang prihatin terhadap anak-anak. Menurut jurucakap JMG iaitu Encik Azri yang juga merupakan salah seorang Trainer di JMG : Kehadiran ibu bapa amat penting bagi memastikan rangsangan minda yang diperolehi dari seminar ini dapat diteruskan di rumah. Masalah kini, pelajar yang baru balik dari program-program seumpama ini, mindanya akan kembali kepada asal sekiranya tiada kesambungan minda yang sama oleh ibu bapa mereka. Justeru dengan kehadiran ibu bapa ini pasti memberi kelebihan kepada setiap peserta kerana frequency minda yang diperolehi daripada seminar ini telah dapat diselaraskan.


Majlis penutup seminar ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Latif Bin Tamby Chik yang juga merupakan ADUN Kawasan dan Exco Kerajaan Negeri Melaka. Pihak JMG ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya Bira Pendidikan UMNO Kota Melaka yang telah memberi kepercayaan kepada JMG bagi mengendalikan sepenuhnya seminar ini. Doa dan harapan agar agar peserta dapat manfaat daripada seminar yang telah diadakan. Tahniah & Syabas !!! Hebat !!!

Tiada ulasan: