CHERANA PUTIH - 17 APRIL 2011 : Unit Bimbingan Kaunseling SK Cherana Putih dengan kerjasama erat Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka serta Jazim Motivation Group Melaka telah menganjurkan satu Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar selama 3 hari 2 malam untuk para pelajar tahap dua SK Cherana Putih, Alor Gajah, Melaka. Seramai 70 orang peserta telah menyertai program ini dan sebahagian besar daripadanya merupakan anak-anak orang asli yang bersekolah di sini. Sekali lagi, Jazim Motivation Group ( JMG) yang diketuai Perunding Motivasi merangkap Moderator JMG iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan sepenuhnya program ini yang berlangsung pada 15 April hingga 17 April 2011 yang lalu.
Terpancar Wajah Ceria Peserta Dalam Sesi Taklimat Oleh Ustaz Mohd Fadly Samin
Bagi memastikan objektif program ini tercapai, pihak JMG telah mengatur beberapa aktiviti dan modul yang menarik sepanjang program ini berlangsung. Antara aktiviti yang dibuat adalah seperti Ice-Breaking, Group Binding, Group Identiti, Night Walking, Team Building, Falsafah Kapal, Ceramah Motivasi, LDK, Muhasabah Diri, Malam Kebudayaan serta Slot Parenting. Semua aktiviti ini telah dilaksanakan dengan baik oleh pihak JMG yang juga dibantu oleh 8 orang fasilitator terlatih juga dari pihak JMG. Mengikut kata salah seorang guru yang mengajar di sekolah tersebut yang juga merupakan kaunselor sekolah mengatakan bahawa pihak sekolah sangat berpuas hati dan kagum dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua peserta apatah lagi semua aktiviti yang dilaksanakan oleh JMG sangat menarik perhatian pelajar. Saya yakin dan percaya modul yang telah diatur oleh pihak JMG ini amat berkesan untuk para pelajar saya. Paling penting, semua aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar.

Slot Ice-Breaking Memang Seronok Dan Menerujakan Setiap Peserta Yang Hadir
Pada hari terakhir telah diadakan Slot Motivasi bersama ibu bapa (parenting skill) yang mana ramai ibu bapa telah hadir bagi memberi sokongan kepada anak-anak dalam program ini. Satu ceramah motivasi ibu bapa telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fadly Bin Samin. Apa yang menarik ramai ibu hadir mengalirkan air mata dalam slot yang sememangnya dinantikan oleh pihak sekolah. Atas kepakaran Ustaz Fadly, slot parenting ini telah berjaya mencapai objektifnya. Perasmian penutup program telah dirasmikan oleh Pengarah RKSK, Jabatan Ketua Menteri Melaka iaitu Ustaz Johari Bin Yusof. Dalam ucapannya beliau mengingatkan kepada semua hadirin agar bentuk peribadi anak-anak agar mereka menjadi insan yang mampu menangani ujian dan cabaran yang cukup mencabar masakini.
Gaya Dan Semangat Dalam Lagu "Demi Matahari" Yang Dipetik Dari Surah Asy-Syam
Buat akhirnya, tahniah sekali lagi buat semua yang terlibat. Buat semua adik-adik tahniah dan syabas kerana telah berjaya mengikuti setiap program ini dengan baik. Banyak kenangan manis dan pahit dirasai sepanjang program ini. Menurut kata salah seorang fasilitator JMG iaitu Cik Dalila, peserta kali memang antara yang terbaik pernah JMG kendalikan. InsyaAllah kami yakin adik-adik mampu menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Di sini, pihak JMG mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan RKSK atas kepercayaan yang telah diberikan kepada pihak JMG. Buat akhirnya pihak JMG akan paparkan beberapa gambar sebagai paparan kepada semua pembaca website JMG.
SEMOGA ADIK-ADIK SEMUA BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT
IKHLAS DARI KAMI WARGA JMG & RKSK JKMM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan