7 Jun 2016

KONSERT MUSICAL MOTIVATION & PELANCARAN ALBUM 'KU MOHON'

KONSERT MUSICAL MOTIVATION & MAJLIS PELANCARAN ALBUM 'KU MOHON'


         Jazim Motivation Group ( JMG ) Consultant Malaysia terus mengorak langkah dengan kejayaannya dalam program “ Konsert Musical Motivation & Majlis Pelancaran Album Ku Mohon Ustaz Fadly Samin ” yang mana program ini merupakan program yang julung kalinya diadakan di negeri Melaka dan dibawakan khas secara eksklusif. 

              Konsert Musical yang bertemakan “ KU MOHON ” ini bermula jam 2.00 petang untuk sesi pendaftaran masuk ibubapa dan dihadiri lebih 500 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah serta tetamu jemputan yang terdiri daripada guru guru kaunselor sekitar negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor serta beberapa orang tetamu VIP yang dijemput secara khas oleh JMG Consultant Malaysia 





Sesi Pendaftaran Masuk Ibu Bapa Di Lobi Auditorium Masjid Al-Azim,Melaka 
 


Penampilan istimewa oleh Salleh Brothers iaitu penerbit album Ku Mohon, Inteam Records selaku pengedar rasmi, pencipta lirik En Azimin Daud yang juga kini bertugas sebagai pegawai di Dewan Bahasa dan Pustaka, Antasari Entertainment, wakil daripada Nasyid fm, wakil media serta  klien klien yang pernah menjalinkan kerjasama dengan JMG Consultant Malaysia. 

Konsert Musical ini menampilkan Ustaz Fadly Samin selaku pengarah urusan JMG Consultant Malaysia bersama Salleh Brothers. Ia juga merupakan Pra-dengar untuk album Ku Mohon yang merupakan album kedua Ustaz Fadly Samin. Album ini merupakan sebuah album motivasi yang mana terdapat 8 track didalamnya yang terdiri Daripada Zikir, Monolog, Perkongsian Serta Lagu Motivasi.

Konsert Ini Dimulakan Dengan Persembahan Pembukaan Dan Nyanyian Lagu Tema Oleh Barisan Fasilitator Terlatih Dari JMG Consultant Malaysia Iaitu Hambamu,Gemuruh Serta Laungan Semangat Oleh Para Peserta Bersama Fasilitator Terlatih JMG Consultant Malaysia.



Nyanyian Lagu Tema Serta Laungan Semangat Sebagai Persembahan Pembukaan 

  Setelah Nyanyian Lagu Tema Serta Laungan Semangat Dilaungkan,Konsert Musical Diteruskan Lagi Dengan Selawat Inang Dan Zikir Hasbiyallah Yang Menampilkan Ustaz Fadly Samin Bersama Otai Nasyid Tanah Air Iaitu Salleh Brothers

  Ustaz Fadly Samin Bersama Salleh Brothers Dalam Alunan Zikir Hasbiyalla 

 Setelah Persembahan Selawat Inang Dan Zikir Hasbiyallah Yang Dialunkan Oleh Ustaz Fadly Samin Bersama Salleh Brothers,Konsert Musical Diteruskan Lagi Dengan Penyampaian Talkshow Yang Bertajuk "Noktah Cinta Buat Ibu Ayah" Disampaikan Oleh Ustaz Fadly Samin Selaku Moderator Bersama Puan Norazlida (Kaunselor Cemerlang Daerah Alor Gajah Negeri Melaka) Serta Persembahan Deklamasi Sajak & Pentomen Bertajuk "Ku Mohon" dimana persembahan ini sangat meruntum jiwa dan memberi kesan yang mendalam kepada para hadirin yang hadir.



Persembahan Deklamasi Sajak Oleh Puan Norazlida 














 Persembahan Pentomen Bertajuk 'Ku Mohon' Oleh JMG Consultant Malaysia 

          Setelah Berakhirnya Persembahan Deklamasi Sajak Yang Disampaikan Oleh Puan Norazlida Dan Persembahan Pentomen Bertajuk 'Ku Mohon' Yang Dipersembahkan Oleh JMG Consultant Malaysia,Konsert Musical Motivation Ini Diteruskan Lagi Dengan Nyanyian Lagu KU MOHON Oleh Ustaz Fadly Samin Dan Salleh Brothers Dan Lagu RAMADHAN DATANG LAGI Yang Dinyanyikan Oleh Salleh Brothers.









Nyanyian Lagu 'Ku Mohon Yang Dinyanyikan Oleh Ustaz Fadly Samin Dan Salleh Brothers 
 


 Nyanyian Lagu 'Ramadhan Datang Lagi' Yang Dinyanyikan Oleh Salleh   Brothers 


Konsert Musical Motivation Diteruskan Lagi Dengan Gimik Pelancaran Album KU MOHON Yang Telah Dirasmikan Oleh Yang Berbahagia En Mohd Rafiq bin Naizamohideen iaitu Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia Dan Merangkap Presiden Pemikir Muda Malaysia. Album kedua ini dilancarkan setelah kejayaan Ustaz Fadly Samin dalam album pertamanya “ Menuju Cita ”.Pelancaran Yang Berlansung Dengan Gemilang Ini Mendapat Perhatian Daripada Hadirin Yang Hadir Ketika Itu.Seterusnya,Majlis Diserikan Lagi Dengan Sesi Penyampaian Cenderahati Dan Anugerah Kepada Semua Pihak Yang Terlibat Serta Disampaikan Oleh En Mohd Rafiq.













Gimik Pelancaran Album 'Ku Mohon' Yang Dilancarkan Oleh Encik Mohd Rafiq














 Penyampaian Cenderahati Dan Anugerah Yang Disampaikan Oleh Encik Mohd Rafiq Bersama Ustaz Fadly Samin 

Konsert Musical Ini Berakhir Dengan Nyanyian Lagu BANGKITLAH Oleh Ustaz Fadly Samin Dan Salleh Brothers.Para Hadirin Yang Hadir Nyata Amat Terhibur Dan Teruja Dengan Konsert Musical Ini Sehingga Mampu Mewujudkan Satu Fenomena Yang Baru Dikalangan Para pelajar,Ibu Bapa Dan Juga Guru-Guru Diseluruh Negeri Melaka.






  Nyanyian Lagu 'Bangkitlah' Yang Dinyanyikan Oleh Ustaz Fadly Samin Bersama Salleh Brothers Sebagai Penutup Konsert Musical Motivation 

Setelah Nyanyian Lagu Bangkitlah,Sesi Yang Terakhir Yang Dijalankan Adalah Sesi Bergambar Bersama Ustaz Fadly Samin,Salleh Brothers,Encik Mohd Rafiq Serta Tetamu Jemputan VVIP Dan VIP Yang Lain.


Encik Mohd Rafiq,Ustaz Fadly samin,Salleh Brothers Dan Tetamu Jemputan
   Serta Para Peserta Begambar bersama Sebagai Kenangan


 

Tiada ulasan: