29 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN & SALAM KEMERDEKAAN

Salam Buat Semua Sahabat JMG ...

Sedar tak sedar kita dah pun seminggu menjalani Ibadah Puasa pada tahun ini. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak buat semua sahabat. Kebetulan pada tahun ini, negara kita menyambut kemerdekaan di dalam bulan Ramadhan. Jadi perbanyakkanlah kesyukuran kita kepada Allah agar nikmat keamanan dan kesejahteraan negara kita akan terus kekal. Nikmat lain yang boleh kita renung pada bulan kemerdekaan dalam konteks kita berada di dalam bulan Ramadhan ialah nikmat kebebasan beribadat.

Di Malaysia yang aman ini, semua rakyat tidak kira agama dan bangsa bebas melakukan amal ibadat dan kepercayaan masing-masing dengan rasa aman dan tenang tanpa diganggu oleh anasir-anasir yang boleh mengganggu gugat negara kita. Ini sesuai dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh PM kita. Cuma kita janganlah alpa kerana sahabat-sahabat kita yang berada di Palestin, Afghanistan, Selatan Thailand, Iraq, Iran dan beberapa negara lain terpaksa melakukan Ibadah dengan perasaan risau dan bimbang kerana negara mereka dihujani dengan peluru dan bom yang boleh meledak pada bia-bila masa sahaja.

Jika dilihat di Palestin, bagaimana umat Islam mendirikan solat di masjid sambil dikawal rapat oleh tentera Yahudi Laknatullah yang siap bersenjata. Di Malaysia ia tak berlaku. jadi bersama kita merafakkan kesyukuran atas nikmat pinjaman Allah kepada kita semua rakyat Malaysia.

Antara Pengetua Berbangsa Cina Yang Berminat Dengan Jazim Motivtion Group (JMG)

Aktiviti Jazim di bulan Ramadhan agak berkurangan. Walaubagaimanapun terdapat ahli-ahli sahabat yang aktif berdakwah di luar sana sepanjang bulan Ramadhan ini. Saya selaku Pengarah Urusan Jazim mengucapkan syukur, tahniah, gembira dan memberi sokongan yang pada ini dalam usaha kita memartabatkan ajaran Islam. Saya juga dijemput untuk terlibat dengan Program Taqarrub Ramadhan Negeri Melaka sebagai penceramah di masjid-masjid dan agensi-agensi kerajaan seluruh Melaka.

Terdapat lebih 15 jemputan yang perlu saya penuhi demi mengembangkan syiar Islam dan amal ibadat kita sepanjang Ramadhan ini. Saya juga difahamkan sahabat kita, Ust Hizudin dan Ust Zulhilmi jugs sibuk terlibat dengan Taqarrub Ramadhan setiap malam di Akademi JPJ Melaka. Tak lupa juga kepada sahabat kita Hafiz Jawa yang betindak selaku imam di tempatnya. Doa dan harapan kita semua segala amal ibadat dan usaha kita ini diberkati Allah.

Majlis Berbuka Puasa

Sekadar makluman awal, Jazim Motivation Group dengan kerjasama Kelab Sahabat Jazim dan Pusat Akademik Jazim akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa ( Iftar Jamaie ) seperti tahun-tahun yang lalu. Projek kali ini akan dikendalikan oleh Sahabat kita iaitu Mohd Azri Md Yatim ( Ayie ).Pada awalnya persetujuan telah dicapai untuk adakan majlis pada 5 September tetapi ditangguhkan atas sebab ramai ahli sahabat yang tidak dapat pulang ke kampung. Jadi, tarikh baru yang bakal diadakan pada 18 September 2009 dan bakal diadakan di Restoran Tomyam Klassik Melaka (Restoran Terapung Atas Air).

Dengar cerita banyak acara menarik yang akan diaturkan memandangkan tarikh itu juga sudah hampir dengan Aidilfitri. Mungkin boleh disekalikan dengan acara di ambang Syawal. Maklumat lain seperti bayaran dan sebagainya akan dimaklumkan oleh chif program kita iaitu sahabat
Ayie. Doa dan harapan saya agar majlis ini akan berjalan lancar dan semua ahli sahabat dapat turut serta terutamanya yang tinggal Melaka.

Jika tahun lepas kita dapat mengumpulkan seramai 40 orang, kali ini sasaran pihak pengurusan untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya 50 - 60 orang yang terdiri daripada semua staff Jazim, ahli Kelab Sahabat Jazim, Barisan Fasilitator Jazim, Guru-Guru di Pusat Akademik Jazim, Bekas-Bekas Ahli Jazim (Orang Lama), Ahli Jazim yang dah kahwin, dan juga wakil daripada RKSK JKMM.

Saya yakin sahabat Ayie mampu menjalankan amanah ini dengan baik dan program kali ini lebih hebat daripada program yang pernah diadakan InsyaAllah.

Sahabat Azri (Ayie) - Chif Majlis Iftar Jamaie 2009

Pembaharuan JMG Pada Masa Akan Datang

Untuk pengetahuan semua juga, Pusat Qiraati & Tuisyen Jazim akan dirombak dan bakal ditukar nama berkuatkuasa Disember 2009. Ia bakal ditukar kepada Pusat Akademik Jazim selaras dengan susun atur dan penjenamaan semula Pusat Akademik Jazim ini. Ia akan dirombak dan disusun atur agar lebih tersusun dan bersistematik serta segala masalah yang pernah dihadapi akan diatasi untuk tahun yang akan datang.

Seorang pengurus baru sepenuh masa akan dilantik bagi menguruskan hal ehwal pengurusan Pusat Akademik ini secara berfokus. Saya akan lebih menumpukan kepada program-program di bawah unit Jazim Motibvation Group Melaka dan mengembangkan semula perkhidmatan Jazim Services Entertainment yang diberhentikan sementara operasinya bulan Julai lalu.Ia bertujuan memastikan Pusat Akademik Jazim akan dikawal rapi dari segenap aspek dan pengurusannya lebih bersistematik serta sistem pendidikannya dinaik taraf oleh seorang pengurus baru yang bekerja sepenuh masa di Jazim.

Pengurus Baru nanti juga akan cuba perbaiki segala kekurangan yang dikenal pasti termasuk menyaring lebih ketat guru-guru dalam pemilihan tenaga pengajar yang bakal di bawa masuk ke dalam Pusat Akademik Jazim untuk sesi 2010 serta memastikan peningkatan peratusan akademik pelajar. Siapa pengurus baru itu ??? Ia masih menjadi rahsia dan hanya akan diumumkan pada hujung tahun 2009 ini. Tetapi kepada sahabat yang berminat boleh hantar resume kepada pihak pengurusan Jazim dan permohonan akan dipertimbangkan.

Pusat Akademik Jazim Di Ayer Molek Bakal Berubah Wajah Sesi 2010 InsyaAllah

Setakat ini sahaja dahulu. InsyaAllah saya akan berikan info-info terkini pada sahabat untuk masa-masa yang akan datang. skali lagi saya nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Akhir kata, Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua. Wassalam........

Tiada ulasan: