2 Februari 2010

PERTANDINGAN LAGU-LAGU DAKWAH KONTEMPORARI SEMPENA PROGRAM EKSPO MAULIDUL RASUL 1431H / 2010M PERINGKAT NEGERI MELAKA




MELAKA - 1 FEBRUARI 2010 : Kerajaan Negeri Melaka melalui Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku Jabatan Ketua Menteri Melaka (RKSK JKMM) akan mengadakan "Pertandingan Lagu-Lagu Dakwah" sempena Program Ekspo Maulidul Rasul 1431H / 2010M Peringkat Negeri Melaka yang akan diadakan pada 28 Februari 2010 bertempat di Pentas Utama, Dataran Masjid Al-Azim, Negeri Melaka. Pertandingan ini akan diselia oleh RKSK JKMM dan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jazim Motivation Group ( JMG ). Apa yang menarik, pertandingan ini akan diadakan secara dua peringkat iaitu peringkat saringan dan peringkat akhir. Hanya 8 finalis akan berentap di dalam peringkat akhir yang mana ia juga merupakan malam "Konsert Tautan Cinta" yang akan menampilkan artis nasyid AMAR dengan persembahan nasyid dan silap mata serta Kumpulan Nasyid IRFAN dari Kelab Sahabat Jazim.

Penyertaan terbuka kepada mereka yang berumur antara 15 hingga 35 tahun sahaja
Ia juga terbuka kepada peserta lelaki dan perempuan yang berminat

Setiap peserta diberi kebebasan untuk tampil secara solo atau berduet atau berkumpulan yang tidak melebihi 5 orang setiap kumpulan. Hanya satu lagu sahaja yang perlu dipersembahkan dan hanya lagu yang telah disenaraikan oleh pihak penganjur sahaja perlu dipilih untuk dipertandingkan ( Sila lihat senarai lagu di bawah ). Minus One disediakan oleh pihak penganjur tetapi setiap peserta juga dibenarkan membawa alat muzik tambahan bagi mencantikkan lagi persembahan serta dibenarkan membuat persembahan secara acapella ( jika perlu ). Masa yang diperuntukkan hanya 7 minit bagi setiap persembahan. Setiap peserta hanya dibenarkan mengambil satu bahagian sahaja dan semua peserta dikehendaki menghadiri ujibakat ( peringkat saringan ) yang akan diadakan pada 20 Februari 2010 di Auditorium Masjid Al-Azim bermula jam 8.30 pagi. Hanya 8 finalis dipilih untuk beraksi di pentas akhir iaitu pada malam "Konsert Tautan Cinta" iaitu pada 28 Februari 2010 bertempat di tapak Ekspo Maulidul Rasul bermula jam 8.30 malam dan akan diadili oleh Juri Profesional yang telah dilantik. Berikut hadiah kemenangan yang telah disediakan untuk para pemenang :

JOHAN : RM 500.00 + PLUG + SIJIL PENYERTAAN
NAIB JOHAN : RM 400.00 + PLUG + SIJIL PENYERTAAN
KETIGA : RM 300.00 + PLUG + SIJIL PENYERTAAN
SAGUHATI : PLUG + SIJIL PENYERTAAN


Kepada sesiapa yang berminat, boleh dapatkan borang penyertaan di Pejabat Jazim Motivation Group Melaka beralamat : No.24, Tingkat 1, Jalan DM2, Taman Desa Molek, Ayer Molek, 75460 Melaka. Borang penyertaan juga boleh diperolehi di Pejabat RKSK JKMM di Aras 2, Blok Bentara, Seri Negeri, Melaka. Semua borang hendaklah dihantar atau difakskan bersama salinan kad pengenalan dan 2 keping gambar berukuran pasport ke Pejabat Jazim Motivation Group Melaka selewat-lewatnya 15 Februari 2010. Penyertaan adalah PERCUMA !!!!!! Apa lagi, bagi mereka yang rasa ada suara ada bakat, jom sertai Pertandingan Lagu-Lagu Dakwah Peringkat Negeri Melaka sempena Sambutan Maulidul Rasul 1431H. Berikut adalah senarai lagu yang telah disenarai pendekkan oleh pihak penganjur :

CINTA PERTAMA : FAR EAST
KERANA CINTA : INTEAM & MESTICA
KU HARAP CINTA : NOWSEEHEART
KESAKSIAN : BROTHERS
PADAMU SELAMANYA : SAUJANA
AKU TANPA CINTAMU : MIRWANA & JAY JAY
AL-JANNAH : MAWI
IQRA : RAIHAN & RAMLI SARIP
MENTARI DI UFUK TIMUR : VERSI RABBANI & AMY SEARCH
SEROJA : VERSI JAMAL ABDILLAH
BUKAN KERNA NAMA : RAMLI SARIP & HATTAN
DARI TUHAN : VERSI WINGS
HUKUM KARMA : WINGS
SERUAN : LEFTHANDED
AL-HAMDULILLAH : TOO-PHAT & YASSIN
MANUSIA ALPA : AKBAR


Sila Pilih Salah Satu Lagu Di Atas & Hanya Satu Lagu Dipertandingkan

 Tarikh Pendaftaran : 1 Februari 2010 - 15 Februari 2010
Peringkat Saringan : 20 Februari 2010
Peringkat Akhir : 28 Februari 2010

Hanya 8 Finalis Akan Beraksi Di Pentas Akhir
Hanya Lagu Yang Disenaraikan Di Atas Dipertandingkan
Sebarang Masalah & Kemusykilan Sila Hubungi

 
Ustaz Mohd Fadly Bin Samin : 017-3003884 / 016-6091239
Fakskan Borang Penyertaan Anda Bersama Salinan IC Di : 06-2695117
2 Gambar Berukuran Pasport Boleh Diserahkan Pada Peringkat Saringan Nanti

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI

1 Februari 2010

KURSUS MOTIVASI BINA SAHSIAH DIRI & MOTIVASI KEIBUBAPAAN TAHUN 6 SK PARIT MELANA BERSAMA JAZIM MOTIVATION GROUP MELAKA & RUMAHKU SYURGAKU (RKSK)

PARIT MELANA - 1 FEBRUARI 2010 : Unit Bimbingan & Kaunseling SK Parit Melana dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka telah mengadakan Program Motivasi Bina Sahsiah & Motivasi Keibubapaan selama 2 hari 1 malam. Program yang disertai seramai 117 orang pelajar ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Jazim Motivation Group Melaka diketuai oleh Perunding Motivasi JMG iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin bersama 10 orang fasilitator juga dari Jazim Motivation Group Melaka.

Sebahagian Peserta Mendengar Taklimat Program Yang Telah Disampaikan Oleh Ustaz Fadly

Menurut Guru Kaunselor Sekolah iaitu Cikgu Arif : Ini merupakan tahun ketiga pihak sekolah bekerjasama dengan pihak RKSK dan sekali lagi Jazim Motivation Group Melaka dilantik untuk mengendalikan program pada tahun ini. Disebabkan oleh bajet dan peruntukan yang semakin mengecil tahun ini, maka pihak sekolah hanya mampu mengadakan program ini di sekolah. Apapun, saya yakin dengan kemampuan Jazim Motivation Group yang dipimpin oleh Ustaz Fadly kerana sekolah saya sudah tiga tahun bekerjasama dengan pihak Jazim Group dan hasilnya sangat berkesan kepada para pelajar saya. Kami di pihak sekolah sangat tertarik dengan method dan pengisian yang diatur oleh pihak JMG. Saya harap tahun ini sekali lagi Jazim Motivation Group memberikan yang terbaik buat anak didik SK Parit Melana.

 Aktiviti  Ice-Breaking & Group Binding Dikendalikan Oleh Fasilitator Jazim Diketuai Brother Ayie

Salah Sebuah Kumpulan Sedang Membentangkan Logo Kumpulan Mereka

Antara objektif utama program ini ialah untuk memberikan motivasi kepada para pelajar dan membentuk sahsiah diri pelajar yang terpuji. Selain itu, program ini juga melibatkan ibu bapa dalam memastikan ada kesinambungan ilmu semasa program ini berlangsung dan juga selepas program ini tamat. Oleh itu terdapat satu slot khas bersama ibu bapa (parenting) diadakan dan ia dikendalikan oleh Pengarah Urusan Jazim iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin. Selain itu, beberapa aktiviti dan pengisian telah di atur antaranya Ice Breaking, Group Binding, Group Identiti, Public Speaking, Muhasabah Diri, Ceramah Motivasi, Kuliah Mahgrib, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Falsafah Kapal, Kembara Malam, Solat Berjemaah dan juga Aktiviti Simulasi Minda.

Salah Sebuah Kumpulan Menerangkan Hasil Kerja Mereka Dalam Slot "Falsafah Kapal"

Fasi Jazim Iaitu Brother Lokman Bersiap Sedia Untuk Aktiviti Riadah & Team Building

Apa yang paling menarik ialah Slot Ceramah Motivasi Keibu Bapaan yang disampaikan sendiri oleh Ustaz Mohd Fadly Samin. Terdapat hampir 100 orang ibu bapa hadir bagi memberikan sokongan kepada anak-anak di samping diberikan motivasi oleh Ustaz Fadly. Dalam ceramahnya, Ustaz Fadly menasihati ibu bapa agar mendidik anak mengikut acuan Islam dan Ibu Bapa merupakan Ikon atau Role Model utama kepada anak-anak sekiranya mahukan anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Ibu Bapa juga perlu menghidupkan roh Islam dalam rumah dengan menghidupkan amalan solat secara berjemaah, Al-Quran dijadikan bacaan wajib dan dihayati selain mengawal anak-anak terhadap penggunaan teknologi canggih seperti telefon bimbit dan internet agar pemikiran anak-anak tidak diracuni unsur yang negatif. Klimaks kepada slot ini pastinya tangisan daripada ibu bapa dan anak-anak disebabkan rasa keinsafan dan penyesalan terhadap kesilapan diri yang pernah dilakukan.

Antara Kaum Ibu Yang Menitiskan Air Mata Apabila Mendengar Ceramah Ustaz Fadly

Saat Yang Paling Menyedihkan Apabila Anak-Anak Berpelukan Bersama Ibu Bapa Masing-Masing

Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh YDP PIBG Sekolah iaitu Encik Yunos. Turut serta dalam majlis perasmian itu adalah GPK 1 SK Parit Melana yang mewakili Guru Besar. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh Pihak JMG dan juga RKSK. Dalam ucapannya, GPK1 mengharapkan jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dan pihak sekolah mahukan lagi khidmat Jazim Motivation Group pada masa akan datang. Pihak JMG juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan RKSK kerana memberi kepercayaan yang penuh kepada JMG. Menurut kata Perunding Motivasi JMG iaitu Ustaz Fadly : Kejayaan ini bukanlah hasil kerja seorang tetapi ia dikuatkan dengan jalinan kerjasama yang utuh. Terima kasih buat fasilitator saya iaitu Encik Azri, Lokman Hakim, Hizuudin Asuad, Zawawi, Sri Jeelani, Hafiz Husin, Najiha, Syazwani, Zila dan Aminah. Anda semua telah menjalankan tanggungjawab dengan baik. Semoga usaha ini akan terus berkekalan. Di sini, pihak JMG akan paparkan beberapa gambar aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung :


SEMOGA ADIK-ADIK CEMERLANG DALAM UPSR
CEMERLANG GEMILANG TERBILANG