28 April 2011

CERAMAH MOTIVASI DAN JATI DIRI PELAJAR SMK SERI PENGKALAN BERSAMA USTAZ MOHD FADLY BIN SAMIN

SERI PENGKALAN : 27 April - Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Seri Pengkalan Negeri Melaka telah menjemput Perunding Motivasi JMG iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin untuk menyampaikan Ceramah Motivasi Jati Diri kepada pelajar yang juga penerima biasiswa sekolah. Program yang telah diadakan di dewan sekolah ini telah disertai seramai 150 orang peserta dan diadakan selama 2 jam bermula jam 12.30 tengahari hingga jam 2.30 petang. Ceramah Ustaz Fadly juga telah dibantu beberapa orang krew dari JMG sendiri bagi memastikan program dapat berjalan dengan lancar. Menurut kata Kaunselor Sekolah, pihak sekolah sememangnya sudah lama merancang program ini dan ingin mendapatkan khidmat ustaz dan JMG ini kerana saya tertarik dengan pendekatan yang dibawakan oleh ustaz dalam siri-siri program yang pernah saya sertai dulu. Memang terbaik dan tidak mengecewakan.

Ustaz Fadly Menyampaikan Ceramah Dengan Gaya Dan Pendekatannya Sendiri

Peserta Program Memberikan Respon & Ceria Dalam Ceramah Yang Dikendalikan

Secara keseluruhannya program ini dapat berjalan dengan lancar. Pihak JMG ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya Guru Kaunselor SMK Seri Pengkalan yang menjemput Ustaz Fadly dan JMG bagi mengendalikan Ceramah Jati Diri ini. Doa dan harapan kami semua warga JMG ingin mengucapkan selamat maju jaya. Syabas & Hebat !!!

27 April 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN SAHSIAH PELAJAR SK CHERANA PUTIH ALOR GAJAH MELAKA BERSAMA JAZIM MOTIVATION GROUP ( JMG )

CHERANA PUTIH - 17 APRIL 2011 : Unit Bimbingan Kaunseling SK Cherana Putih dengan kerjasama erat Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka serta Jazim Motivation Group Melaka telah menganjurkan satu Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar selama 3 hari 2 malam untuk para pelajar tahap dua SK Cherana Putih, Alor Gajah, Melaka. Seramai 70 orang peserta telah menyertai program ini dan sebahagian besar daripadanya merupakan anak-anak orang asli yang bersekolah di sini. Sekali lagi, Jazim Motivation Group (  JMG) yang diketuai Perunding Motivasi merangkap Moderator JMG iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan sepenuhnya program ini yang berlangsung pada 15 April hingga 17 April 2011 yang lalu.

Terpancar Wajah Ceria Peserta Dalam Sesi Taklimat Oleh Ustaz Mohd Fadly Samin


Bagi memastikan objektif program ini tercapai, pihak JMG telah mengatur beberapa aktiviti dan modul yang menarik sepanjang program ini berlangsung. Antara aktiviti yang dibuat adalah seperti Ice-Breaking, Group Binding, Group Identiti, Night Walking, Team Building, Falsafah Kapal, Ceramah Motivasi, LDK, Muhasabah Diri, Malam Kebudayaan serta Slot Parenting. Semua aktiviti ini telah dilaksanakan dengan baik oleh pihak JMG yang juga dibantu oleh 8 orang fasilitator terlatih juga dari pihak JMG. Mengikut kata salah seorang guru yang mengajar di sekolah tersebut yang juga merupakan kaunselor sekolah mengatakan bahawa pihak sekolah sangat berpuas hati dan kagum dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua peserta apatah lagi semua aktiviti yang dilaksanakan oleh JMG sangat menarik perhatian pelajar. Saya yakin dan percaya modul yang telah diatur oleh pihak JMG ini amat berkesan untuk para pelajar saya. Paling penting, semua aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar.

Slot Ice-Breaking Memang Seronok Dan Menerujakan Setiap Peserta Yang Hadir
Pada hari terakhir telah diadakan Slot Motivasi bersama ibu bapa (parenting skill) yang mana ramai ibu bapa telah hadir bagi memberi sokongan kepada anak-anak dalam program ini. Satu ceramah motivasi ibu bapa telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fadly Bin Samin. Apa yang menarik ramai ibu hadir mengalirkan air mata dalam slot yang sememangnya dinantikan oleh pihak sekolah. Atas kepakaran Ustaz Fadly, slot parenting ini telah berjaya mencapai objektifnya. Perasmian penutup program telah dirasmikan oleh Pengarah RKSK, Jabatan Ketua Menteri Melaka iaitu Ustaz Johari Bin Yusof. Dalam ucapannya beliau mengingatkan kepada semua hadirin agar bentuk peribadi anak-anak agar mereka menjadi insan yang mampu menangani ujian dan cabaran yang cukup mencabar masakini.
Gaya Dan Semangat Dalam Lagu "Demi Matahari" Yang Dipetik Dari Surah Asy-Syam
Buat akhirnya, tahniah sekali lagi buat semua yang terlibat. Buat semua adik-adik tahniah dan syabas kerana telah berjaya mengikuti setiap program ini dengan baik. Banyak kenangan manis dan pahit dirasai sepanjang program ini. Menurut kata salah seorang fasilitator JMG iaitu Cik Dalila, peserta kali memang antara yang terbaik pernah JMG kendalikan. InsyaAllah kami yakin adik-adik mampu menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Di sini, pihak JMG mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan RKSK atas kepercayaan yang telah diberikan kepada pihak JMG. Buat akhirnya pihak JMG akan paparkan beberapa gambar sebagai paparan kepada semua pembaca website JMG.

SEMOGA ADIK-ADIK SEMUA BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT
IKHLAS DARI KAMI WARGA JMG & RKSK JKMM

6 Februari 2011

PERTANDINGAN LAGU-LAGU DAKWAH SEMPENA MAULIDUL RASUL KEMBALI LAGI ! DAPATKAN BORANG PENYERTAAN DI PEJABAT JMG !

Berita gembira buat semua peminat lagu-lagu berunsurkan ketuhanan terutamanya bakat-bakat terpendam dalam arena lagu-lagu nasyid kontemporari. Seperti tahun yang lepas, Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama erat Jazim Motivation Group sekali lagi akan menganjurkan Pertandingan Lagu-Lagu Dakwah untuk tahun ini sempena Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung di Tapak Ekspo Perkarangan Masjid Al-Azim Melaka. Jika tahun yang lalu, pertandingan ini dimenangi oleh Cik Liza Md Yamin dengan nyayian solonya kali ini siapa tahu giliran anda atau kumpulan anda pula. Konsep pertandingan pada tahun ini semestinya berubah bagi memberi nafas baru dan lebih segar agar pertandingan ini dapat dijalankan dengan lebih teratur dan penyertaannya lebih meluas ke Jabatan-Jabatan Kerajaan, Swasta, NGO, IPTA/IPTS, sekolah-sekolah mahupun individu-individu yang bertanding atas platform sendiri.

Barisan Juri/Hakim Tahun Lepas Semasa Proses Ujibakat Ke Pentas Final

Kumpulan Nasyid Intracksee Dari KUIM Turut Menyertai Ujibakat Tahun Lepas

Kumpulan Nasyid Wardatuddiniah Dari SMKA Syarifah Rodziah Melaka

MAKLUMAT BERKENAAN PERTANDINGAN TAHUN INI (1432H/2011M)

Pertandingan kali ini terbuka kepada mereka yang berumur antara 15 tahun hingga 40 tahun.
Terbuka kepada mana-mana individu, jabatan kerajaan, pihak swasta, kilang-kilang, mahasiswa IPTA/IPTS dan juga para pelajar sekolah kecuali kakitangan RKSK dan juga Jazim Motivation Group Melaka. Para peserta bebas untuk persembahkan secara solo, duet atau berkumpulan yang tidak melebihi 5 orang. Bagi kumpulan, tidak dibenarkan bercampur jantina antara lelaki dan perempuan. Pihak sekolah, IPT atau mana-mana jabatan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap peserta hanya dibenarkan menyertai satu bahagian sahaja dan pada tahun ini setiap penyertaan dikenakan bayaran RM 20 satu penyertaan. Kepada mereka yang ingin menyertai sila dapatkan borang dengan segera mulai hari ini di Pejabat RKSK yang terletak di Aras 2, Blok Bentara, Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka atau di Pejabat Jazim Motivation Group yang terletak di Kompleks Perniagaan Al-Azim Melaka (Bersebelahan Pusat Zakat Melaka). Tarikh tutup penyertaan pada 10 Februari 2011 bersamaan hari Khamis sebelum jam 3.00 petang.

Aksi Peserta Solo Tahun Lalu Cik Liza Md Yamin Dari Jabatan Pendidikan Melaka

PEMILIHAN LAGU & BENTUK PERSEMBAHAN PERTANDINGAN KALI INI

Jika pada tahun yang lalu, pihak penganjur telah membariskan beberapa buah lagu dan para peserta hanya dibenarkan membawa lagu yang telah disenaraikan sahaja tetapi pada kali ini para peserta diberi kebebasan untuk membawa sebarang lagu asalkan ia bertepatan dengan tema pertandingan kali ini iaitu "Untukmu Rasulullah". Lagu tidak semestinya dari aliran nasyid ia juga boleh datang dari aliran pop, balada dan juga r&b cuma tidak dibenarkan membawa lagu berentak dangdut,hip hop atau havy rock. Lagu juga tidak semestinya ciptaan sendiri. Peserta juga dibenarkan membawa lagu yang pernah dirakamkan tetapi lagu ciptaan sendiri sudah pasti akan diberi keutamaan. Bentuk persembahan adalah bebas. Peserta boleh membawa lagu diiringi alat muzik percussion atau hanya dengan menggunakan minus ones. Setiap peserta hanya perlu persembahkan sebuah lagu sahaja dan masa yang diberi hanya 6 minit. Para peserta yang layak ke Semi Final & Final diwajibkan membawa intro seperti qasidah, sajak, syair, acapella voice, selawat ataupun bacaan ayat Al-Quran selama 1 minit tambahan.

Barisan Finalis Yang Layak Ke Pentas Akhir Pada Tahun 1431H/2010M

Ustaz Fadly Memberikan Taklimat Sambil Diperhatikan Barisan Juri Peringkat Ujibakat

KONSEP PERTANDINGAN LAGU-LAGU DAKWAH 1432H/2011M

Konsep pertandingan pada tahun ini lebih kurang sama seperti tahun yang lalu yang mana setiap peserta yang bertanding wajib melalui peringkat ujibakat cuma terdapat beberapa perubahan dibuat agar finalis yang akan bertanding pada peringkat akhir nanti adalah finalis yang berkualiti dan mantap persembahannya. Untuk peringkat yang pertama ini para peserta diminta untuk mempersembahkan lagu secara live diiringi muzik minus one atau percussion dan peserta juga dikehendaki menyanyikan lagu yang dibawa secara acapella (tanpa muzik iringan) kerana juri akan menilai kekuatan vokal. Kebiasaannya peserta tidak perlu menyanyikan lagu yang dipilih hingga habis kerana juri hanya mahu melihat kekuatan vokal, lagu dan lirik. Sekiranya layak, peserta akan meneruskan pertandingan ini ke peringkat kedua (semi final) pada hari yang sama. Hanya 10 peserta atau kumpulan bakal dipilih untuk membuat persembahan di pentas separuh akhir. Pada peringkat ini, setiap peserta atau kumpulan dikehendaki menyanyikan lagu secara penuh dan markah akan diberikan melalui bentuk persembahan yang dipersembahkan bagi memilih 6 finalis yang akan berentap di pentas akhir nanti. Segala syarat tambahan untuk peringkat akhir akan dimaklumkan kemudian.

Bekas Pelajar SMKA Sultan Muhammad Layak Ke Pentas Final

Salah Satu Aksi Team Nasyid Wanita Dengan Penampilan & Gaya Tersendiri

Aksi Peserta Solo Di Pentas Akhir Pertandingan Lagu Dakwah Tahun Lepas

Untuk Keterangan Lanjut & Urusan Pendaftaran
Sila Hubungi Segera Ustaz Mohd Fadly Di Talian 017-3003884
Atau Dapatkan Borangkan Penyertaan Di Pejabat RKSK Di Aras 2, Blok Bentara,
Bangunan Seri Negeri Melaka Atau Di Pejabat Jazim Motivation Group Di Kompleks PerniagaanAl-Azim Bukit Baru Melaka.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 10 FEBRUARI 2011 !!!


18 Januari 2011

JAZIM MOTIVATION GROUP ANJUR BENGKEL BIJAK BELAJAR BERSAMA DR SHUKRI ABDULLAH ( PAKAR MOTIVASI & STRATEGI BELAJAR ) MALAYSIA DI DEWAN SEMINAR JMG

BUKIT BARU - 15 JANUARI 2011 : Jazim Motivation Group (JMG) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka telah menganjurkan satu program berkonsepkan akademik iaitu "Bengkel Bijak Belajar Bersama Dr Shukri Bin Abdullah". Bengkel sehari ini telah diadakan di Dewan Seminar JMG di Kompleks Perniagaan Al-Azim telah disertai seramai 70 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah seluruh Melaka. Objektif bengkel ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada peserta teknik dan cara yang berkesan dalam belajar agar timbul keseronokan dalam pembelajaran bagi memastikan para pelajar mendapat keputusan yang cemerlang pada tahun ini. Justeru, pihak penganjur telah menjemput Pakar Motivasi & Pakar Strategi Belajar Malaysia iaitu tidak lain tidak bukan Dr Shukri Bin Abdullah. Bengkel ini diadakan selama sehari dari jam 8.30 pagi hingga 7.00 petang dengan diisi 6 slot bersama Dr Shukri dan satu slot Parenting yang telah disampaikan oleh Perunding Motivasi JMG sendiri iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin. Berikut adalah beberapa gambar aktiviti sebagai tatapan semua pengunjung sepanjang Bengkel Bijak Belajar ini berlangsung.

Antara Wajah Kegembiraan Peserta Lelaki Bersama Dr Shukri & Ust Fadly

Sebahagian Peserta Perempuan Yang Menyertai Bengkel Bijak Belajar Ini

Sebahagian Peserta Kusyuk Mendengar & Melihat Tunjuk Ajar Dr Shukri

Antara Gelagat Dr Shukri Dalam Menarik Minat Peserta Bengkel

Suasana Bengkel Bijak Belajar Bersama Dr Shukri Di Dewan Seminar JMG

Dr Shukri Menekankan Pelajar Cemerlang Punyai Strategi Yang Betul

2 Februari 2010

PERTANDINGAN LAGU-LAGU DAKWAH KONTEMPORARI SEMPENA PROGRAM EKSPO MAULIDUL RASUL 1431H / 2010M PERINGKAT NEGERI MELAKA




MELAKA - 1 FEBRUARI 2010 : Kerajaan Negeri Melaka melalui Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku Jabatan Ketua Menteri Melaka (RKSK JKMM) akan mengadakan "Pertandingan Lagu-Lagu Dakwah" sempena Program Ekspo Maulidul Rasul 1431H / 2010M Peringkat Negeri Melaka yang akan diadakan pada 28 Februari 2010 bertempat di Pentas Utama, Dataran Masjid Al-Azim, Negeri Melaka. Pertandingan ini akan diselia oleh RKSK JKMM dan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jazim Motivation Group ( JMG ). Apa yang menarik, pertandingan ini akan diadakan secara dua peringkat iaitu peringkat saringan dan peringkat akhir. Hanya 8 finalis akan berentap di dalam peringkat akhir yang mana ia juga merupakan malam "Konsert Tautan Cinta" yang akan menampilkan artis nasyid AMAR dengan persembahan nasyid dan silap mata serta Kumpulan Nasyid IRFAN dari Kelab Sahabat Jazim.

Penyertaan terbuka kepada mereka yang berumur antara 15 hingga 35 tahun sahaja
Ia juga terbuka kepada peserta lelaki dan perempuan yang berminat

Setiap peserta diberi kebebasan untuk tampil secara solo atau berduet atau berkumpulan yang tidak melebihi 5 orang setiap kumpulan. Hanya satu lagu sahaja yang perlu dipersembahkan dan hanya lagu yang telah disenaraikan oleh pihak penganjur sahaja perlu dipilih untuk dipertandingkan ( Sila lihat senarai lagu di bawah ). Minus One disediakan oleh pihak penganjur tetapi setiap peserta juga dibenarkan membawa alat muzik tambahan bagi mencantikkan lagi persembahan serta dibenarkan membuat persembahan secara acapella ( jika perlu ). Masa yang diperuntukkan hanya 7 minit bagi setiap persembahan. Setiap peserta hanya dibenarkan mengambil satu bahagian sahaja dan semua peserta dikehendaki menghadiri ujibakat ( peringkat saringan ) yang akan diadakan pada 20 Februari 2010 di Auditorium Masjid Al-Azim bermula jam 8.30 pagi. Hanya 8 finalis dipilih untuk beraksi di pentas akhir iaitu pada malam "Konsert Tautan Cinta" iaitu pada 28 Februari 2010 bertempat di tapak Ekspo Maulidul Rasul bermula jam 8.30 malam dan akan diadili oleh Juri Profesional yang telah dilantik. Berikut hadiah kemenangan yang telah disediakan untuk para pemenang :

JOHAN : RM 500.00 + PLUG + SIJIL PENYERTAAN
NAIB JOHAN : RM 400.00 + PLUG + SIJIL PENYERTAAN
KETIGA : RM 300.00 + PLUG + SIJIL PENYERTAAN
SAGUHATI : PLUG + SIJIL PENYERTAAN


Kepada sesiapa yang berminat, boleh dapatkan borang penyertaan di Pejabat Jazim Motivation Group Melaka beralamat : No.24, Tingkat 1, Jalan DM2, Taman Desa Molek, Ayer Molek, 75460 Melaka. Borang penyertaan juga boleh diperolehi di Pejabat RKSK JKMM di Aras 2, Blok Bentara, Seri Negeri, Melaka. Semua borang hendaklah dihantar atau difakskan bersama salinan kad pengenalan dan 2 keping gambar berukuran pasport ke Pejabat Jazim Motivation Group Melaka selewat-lewatnya 15 Februari 2010. Penyertaan adalah PERCUMA !!!!!! Apa lagi, bagi mereka yang rasa ada suara ada bakat, jom sertai Pertandingan Lagu-Lagu Dakwah Peringkat Negeri Melaka sempena Sambutan Maulidul Rasul 1431H. Berikut adalah senarai lagu yang telah disenarai pendekkan oleh pihak penganjur :

CINTA PERTAMA : FAR EAST
KERANA CINTA : INTEAM & MESTICA
KU HARAP CINTA : NOWSEEHEART
KESAKSIAN : BROTHERS
PADAMU SELAMANYA : SAUJANA
AKU TANPA CINTAMU : MIRWANA & JAY JAY
AL-JANNAH : MAWI
IQRA : RAIHAN & RAMLI SARIP
MENTARI DI UFUK TIMUR : VERSI RABBANI & AMY SEARCH
SEROJA : VERSI JAMAL ABDILLAH
BUKAN KERNA NAMA : RAMLI SARIP & HATTAN
DARI TUHAN : VERSI WINGS
HUKUM KARMA : WINGS
SERUAN : LEFTHANDED
AL-HAMDULILLAH : TOO-PHAT & YASSIN
MANUSIA ALPA : AKBAR


Sila Pilih Salah Satu Lagu Di Atas & Hanya Satu Lagu Dipertandingkan

 Tarikh Pendaftaran : 1 Februari 2010 - 15 Februari 2010
Peringkat Saringan : 20 Februari 2010
Peringkat Akhir : 28 Februari 2010

Hanya 8 Finalis Akan Beraksi Di Pentas Akhir
Hanya Lagu Yang Disenaraikan Di Atas Dipertandingkan
Sebarang Masalah & Kemusykilan Sila Hubungi

 
Ustaz Mohd Fadly Bin Samin : 017-3003884 / 016-6091239
Fakskan Borang Penyertaan Anda Bersama Salinan IC Di : 06-2695117
2 Gambar Berukuran Pasport Boleh Diserahkan Pada Peringkat Saringan Nanti

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI

1 Februari 2010

KURSUS MOTIVASI BINA SAHSIAH DIRI & MOTIVASI KEIBUBAPAAN TAHUN 6 SK PARIT MELANA BERSAMA JAZIM MOTIVATION GROUP MELAKA & RUMAHKU SYURGAKU (RKSK)

PARIT MELANA - 1 FEBRUARI 2010 : Unit Bimbingan & Kaunseling SK Parit Melana dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka telah mengadakan Program Motivasi Bina Sahsiah & Motivasi Keibubapaan selama 2 hari 1 malam. Program yang disertai seramai 117 orang pelajar ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Jazim Motivation Group Melaka diketuai oleh Perunding Motivasi JMG iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin bersama 10 orang fasilitator juga dari Jazim Motivation Group Melaka.

Sebahagian Peserta Mendengar Taklimat Program Yang Telah Disampaikan Oleh Ustaz Fadly

Menurut Guru Kaunselor Sekolah iaitu Cikgu Arif : Ini merupakan tahun ketiga pihak sekolah bekerjasama dengan pihak RKSK dan sekali lagi Jazim Motivation Group Melaka dilantik untuk mengendalikan program pada tahun ini. Disebabkan oleh bajet dan peruntukan yang semakin mengecil tahun ini, maka pihak sekolah hanya mampu mengadakan program ini di sekolah. Apapun, saya yakin dengan kemampuan Jazim Motivation Group yang dipimpin oleh Ustaz Fadly kerana sekolah saya sudah tiga tahun bekerjasama dengan pihak Jazim Group dan hasilnya sangat berkesan kepada para pelajar saya. Kami di pihak sekolah sangat tertarik dengan method dan pengisian yang diatur oleh pihak JMG. Saya harap tahun ini sekali lagi Jazim Motivation Group memberikan yang terbaik buat anak didik SK Parit Melana.

 Aktiviti  Ice-Breaking & Group Binding Dikendalikan Oleh Fasilitator Jazim Diketuai Brother Ayie

Salah Sebuah Kumpulan Sedang Membentangkan Logo Kumpulan Mereka

Antara objektif utama program ini ialah untuk memberikan motivasi kepada para pelajar dan membentuk sahsiah diri pelajar yang terpuji. Selain itu, program ini juga melibatkan ibu bapa dalam memastikan ada kesinambungan ilmu semasa program ini berlangsung dan juga selepas program ini tamat. Oleh itu terdapat satu slot khas bersama ibu bapa (parenting) diadakan dan ia dikendalikan oleh Pengarah Urusan Jazim iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin. Selain itu, beberapa aktiviti dan pengisian telah di atur antaranya Ice Breaking, Group Binding, Group Identiti, Public Speaking, Muhasabah Diri, Ceramah Motivasi, Kuliah Mahgrib, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Falsafah Kapal, Kembara Malam, Solat Berjemaah dan juga Aktiviti Simulasi Minda.

Salah Sebuah Kumpulan Menerangkan Hasil Kerja Mereka Dalam Slot "Falsafah Kapal"

Fasi Jazim Iaitu Brother Lokman Bersiap Sedia Untuk Aktiviti Riadah & Team Building

Apa yang paling menarik ialah Slot Ceramah Motivasi Keibu Bapaan yang disampaikan sendiri oleh Ustaz Mohd Fadly Samin. Terdapat hampir 100 orang ibu bapa hadir bagi memberikan sokongan kepada anak-anak di samping diberikan motivasi oleh Ustaz Fadly. Dalam ceramahnya, Ustaz Fadly menasihati ibu bapa agar mendidik anak mengikut acuan Islam dan Ibu Bapa merupakan Ikon atau Role Model utama kepada anak-anak sekiranya mahukan anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Ibu Bapa juga perlu menghidupkan roh Islam dalam rumah dengan menghidupkan amalan solat secara berjemaah, Al-Quran dijadikan bacaan wajib dan dihayati selain mengawal anak-anak terhadap penggunaan teknologi canggih seperti telefon bimbit dan internet agar pemikiran anak-anak tidak diracuni unsur yang negatif. Klimaks kepada slot ini pastinya tangisan daripada ibu bapa dan anak-anak disebabkan rasa keinsafan dan penyesalan terhadap kesilapan diri yang pernah dilakukan.

Antara Kaum Ibu Yang Menitiskan Air Mata Apabila Mendengar Ceramah Ustaz Fadly

Saat Yang Paling Menyedihkan Apabila Anak-Anak Berpelukan Bersama Ibu Bapa Masing-Masing

Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh YDP PIBG Sekolah iaitu Encik Yunos. Turut serta dalam majlis perasmian itu adalah GPK 1 SK Parit Melana yang mewakili Guru Besar. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh Pihak JMG dan juga RKSK. Dalam ucapannya, GPK1 mengharapkan jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dan pihak sekolah mahukan lagi khidmat Jazim Motivation Group pada masa akan datang. Pihak JMG juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan RKSK kerana memberi kepercayaan yang penuh kepada JMG. Menurut kata Perunding Motivasi JMG iaitu Ustaz Fadly : Kejayaan ini bukanlah hasil kerja seorang tetapi ia dikuatkan dengan jalinan kerjasama yang utuh. Terima kasih buat fasilitator saya iaitu Encik Azri, Lokman Hakim, Hizuudin Asuad, Zawawi, Sri Jeelani, Hafiz Husin, Najiha, Syazwani, Zila dan Aminah. Anda semua telah menjalankan tanggungjawab dengan baik. Semoga usaha ini akan terus berkekalan. Di sini, pihak JMG akan paparkan beberapa gambar aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung :


SEMOGA ADIK-ADIK CEMERLANG DALAM UPSR
CEMERLANG GEMILANG TERBILANG