30 Oktober 2009

CERAMAH MOTIVASI BELAJAR JMG DI SK PERINGGIT MELAKA

PERINGGIT - 30 OKTOBER : Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Peringgit dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka (RKSK JKMM) telah mengadakan satu program khas untuk para pelajar tahun 5 iaitu Ceramah Motivasi Belajar Bersama Ustaz Fadly. Program ini telah diatur oleh kedua-dua pihak dan telah menjemput Perunding Motivasi JMG iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin. Turut serta dalam ceramah ini ialah Puan Haripah iaitu GPK HEM sekolah dan Puan Mazni selaku Guru Bimbingan Dan Kaunseling (Kaunselor) sekolah.



Program yang telah disertai seramai 130 orang pelajar tahun 5 ini dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar sekolah ini sendiri. Ucapan pembukaan juga telah disampaikan oleh Puan Haripah selaku wakil kepada Guru Besar yang mempunyai mesyuarat di Jabatan Pendidikan Melaka. Dalam ucapannya, beliau menasihati para pelajar agar terus berusaha mencapai kejayaan dan tanamkan iltizam yang tinggi serta buat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan PKSR pada tahun ini dan UPSR pada tahun hadapan. Beliau selaku pentadbir sekolah tidak mahu ada dikalangan pelajar yang sambil lewa serta membuat persediaan di saat-saat akhir. Beliau juga meminta para pelajarnya mengambil peluang dalam slot ceramah ini kerana banyak ilmu dan input yang bakal dikongsikan Ustaz Fadly dan boleh diamalkan untuk menjadi pelajar yang berjaya dan cemerlang pada masa akan datang.

Tepat jam 9.15 pagi, Ustaz Fadly memulakan ceramahnya dengan menyanyikan lagu "memburu impian" nyanyian kumpulan rock terkenal dengan mengubah liriknya menjadi ayat-ayat motivasi. Gimik permulaan ceramah ini telah berjaya menarik minat para peserta untuk memberi tumpuan sepanjang ceramah yang disampaikan. Dalam ceramahnya, beliau telah berkongsi dengan para pelajar tentang faktor-faktor penyebab seseorang pelajar itu gagal. Seterusnya beliau bercakap tentang bagaimana mahu menjadi pelajar yang cemerlang dan diakhir ceramah beliau telah mengingatkan kepada para peserta tentang pengorbanan ibu bapa dan peranan kita sebagai anak untuk menghadiahkan sesuatu melalui jalan kejayaan.



Hampir 2 jam slot ceramah ini berjaya dikendalikan oleh Ustaz Fadly, rata-rata para pelajar seronok dengan cara penyampaian dan input yang diperolehi daripada slot ini. Harapan Ustaz Fadly kepada para pelajar SK Peringgit agar kejarlah kejayaan tetapi dalam masa yang sama kejarlah juga kejayaan di akhirat sana. Ini kerana sebagai manusia yang hidup di dunia yang fana ini, ada destinasi yang sedang kita tuju iaitu kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Program pada hari itu telah diakhiri dengan penyampaian cenderahati yang telah disampaikan oleh Puan Haripah selaku GPK HEM Sekolah Kebangsaan Peringgit. Pihak Jazim Motivation Group mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan juga RKSK JKMM atas kepercayaan yang telah diberikan kepada pihak jazim. Kita doakan agar semua para pelajar ini berjaya dunia dan akhirat. Amin ...

Sebagai makluman, pada bulan November ini terdapat beberapa lagi program dan jemputan ceramah. Untuk makluman lanjut, sila klik di :http://www.jazimmotivationgroup.blogspot.com/
 
Pusat Tuisyen Jazim juga mempunyai pelbagai maklumat baru terutama berkaitan pakej program dan pakej kelas-kelas akademik bagi sesi baru 2010. Untuk makluman lanjut sila klik di : http://www.pusattuisyenjazim.blogspot.com/
 
TERIMA KASIH !!! SELAMAT BERAMAL !!! WORLD & AKHIRAT !!!

Tiada ulasan: