STPM - 16 NOVEMBER 2009 : Unit Panitia Agama Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka (STPM) telah mengadakan slot ceramah untuk para pelajarnya sempena Aidil Adha (Raya Korban) yang akan menjelang beberapa hari lagi. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menjemput Perunding Motivasi JMG iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk "Ibrah Korban Untuk Kaum Hawa".
Ustaz Fadly Sedang Menyampaikan Ceramahnya Dengan Gaya Yang Tersendiri
Antara Ratusan Pelajar Yang Sedang Khusyuk Mendengar Ceramah Ustaz Fadly
Menurut jurucakap dari STPM iaitu Ustazah Suraini "program ini diharapkan dapat memberi pemahaman kepada para pelajar tentang konsep pengorbanan yang sebenar dengan menyingkap peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Selain itu diharapkan Ust Fadly dapat memaparkan atau mendedahkan kepada pelajar akan konsep korban yang telah di salah ertikan oleh golongan remaja masakini dengan melihat Ibrah Korban Jahiliyyah yang amat membimbangkan kita. Saya yakin Ust Fadly mampu memberi kesedaran kepada pelajar kerana setahu saya Ust Fadly mempunyai gaya penyampaian yang hebat dan mampu menarik minat para pelajar untuk mendengar ceramahnya dari mula hingga akhir".
Oleh yang demikian, Ust Fadly dengan segala pengalaman yang ada telah menyampaikan ceramahnya dengan gaya yang bersahaja. Permulaan ceramahnya, beliau telah berjaya membawa minda dan hati pelajar untuk menyingkap peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Tidak disangka, sebahagian pelajar ada yang mengalirkan air mata bila menghayati kisah yang penuh menakjubkan dulu. Memang tidak dapat dinafikan, kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ini memang hebat tetapi malangnya ramai dikalangan generasi muda hari ini tidak mahu mengambil ibrah yang ada dalam cerita hebat ini. Selain itu Ustaz Fadly ada memaparkan gambar-gambar berkenaan masalah generasi kini akibat korban jahiliyyah masakini. Secara keseluruhannya, para peserta dapat mengambil pengajaran dari apa yang disampaikan dan Ust Fadly telah berjaya membuka minda pelajar agar apa yang dikongsikan itu tidak akan dilakukan oleh para pelajar.
Cenderahati Telah Disampaikan Oleh Puan Suzana Kepada Ustaz Fadly Samin
Turut serta dalam ceramah yang telah diadakan di Surau Asrama STPM ini ialah Puan Suzana yang juga merupakan GPK Unit Kemanusiaan dan Barisan Guru-Guru STPM. Ceramah diakhiri dengan penyampaian cenderahati yang telah disampaikan oleh Puan Suzana. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak Jazim manakala Pihak Jazim juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah. Tahniah juga buat STPM kerana terpilih sebagai Sekolah Kluster Negara. Mudah-mudahan pihak sekolah mampu memacu kejayaan buat adik-adik. InsyaAllah....
1 ulasan:
ASSALAMM'ALAIKUM DI UCAPKAN KEPADA SEMUA....
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PIHAK JAZIM SERTA PENCEREMAHNYA USTAZ FADLY BIN SAMIN. SATU PENYAMPAIAN DAKWAH YANG MENARIK,TERHIBUR DAN MENDAPAT PENGAJARAN DARIPADA CEREMAH TERSEBUT... SYABAS....
HARAPAN KAMI BIAR DAKWAH INI DAPAT MENGINSAFKAN KAMI SEMUA DI SMKTPM....
WASALAM.
Catat Ulasan