24 November 2009

CERAMAH MOTIVASI TAHUN 6 SRA JAIM SEMPANG KERAYONG JASIN MELAKA

JASIN - 14 NOVEMBER 2009 : SRA JAIM Sempang Kerayong dengan kerjasama SRA JAIM Chohong dan Chabau Jasin telah mengadakan Program Ceramah Motivasi untuk para pelajar tahun 6 terpilih ketiga-tiga sekolah berkenaan bagi mengisi masa yang terluang. Bagi memastikan para peserta ini mendapat input yang berguna, pihak penganjur telah menjemput Pengarah Urusan Jazim iaitu Ustaz Mohd Fadly Samin dan seorang penceramah bebas iaitu Ustzh Zuraidah dari Jasin.

Program ini telah dibahagikan kepada dua slot. Untuk slot pertama ia telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Fadly Samin dengan tajuk ceramahnya "Pemantapan Iman & Sahsiah, Medium Menuju Kecemerlangan". Manakala slot kedua telah dikendalikan oleh Ustazah Zuraidah dengan tajuk ceramahnya "Motivasi Untuk Remaja".


Dalam ceramah Ustaz Fadly, beliau banyak berkongsi dengan para peserta tentang masalah-masalah yang berlaku dalam dunia remaja masa sekarang, cabaran yang bakal dilalui serta cara menanganinya agar para peserta tidak akan terjerumus dengan dunia remaja yang begitu mencabar sekarang. Ini sesuai dengan objektif pihak penganjur agar program ini dapat memberi pendedahan awal kepada peserta tentang cabaran dunia remaja kerana mereka bakal memasuki dunia remaja dan berhijrah dari alam kanak-kanak kepada alam yang lebih dewasa.
Turut serta dalam program ini ialah Guru Besar SRA JAIM Sempang Kerayong, guru pengiring bagi SRA JAIM Chohong dan SRA JAIM Chabau. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Pihak Jazim ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas jemputan yang telah diberikan kepada Pihak Jazim. Semoga adaik-adik akan teruskan perjuangan dan kejarlah kejayaan. Selamat Berjaya !!!
JADILAH REMAJA YANG BERGUNA UNTUK BANGSA DAN AGAMA

Tiada ulasan: