24 November 2009

TAHNIAH !!!! 28 PELAJAR PUSAT TUISYEN JAZIM CEMERLANG DALAM UPSR 2009 !!!!

AYER MOLEK - 19 NOVEMBER 2009 : Berita Gembira buat seluruh warga Pusat Tuisyen Jazim Melaka kerana keputusan UPSR yang telah diumumkan hari ini menyaksikan 28 pelajar daripada 42 orang calon UPSR yang belajar di Pusat Tuisyen Jazim berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2009. Daripada 28 pelajar ini, 14 daripadanya berjaya memperolehi 5A, manakala 8 orang daripadanya berjaya mendapat 4A dan selebihnya berjaya mendapat 3A. Keputusan ini juga menyaksikan peningkatan bilangan pelajar yang memperolehi A dalam kesemua subjek berbanding tahun lepas hanya 12 orang sahaja yang mampu mendapat 5A. Peratus keputusan yang memperolehi sekurang-kurangnya 1A juga meningkat daripada 81.5% tahun lepas kepada 86.8% pada tahun ini.


Syafika, Syuhada Dan Huda Menunjukkan Slip Keputusan UPSR Iaitu 5A !!!

Semasa keputusan UPSR dikeluarkan pada tahun ini, Perunding Motivasi JMG iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin yang juga merupakan Pengetua di Pusat Tuisyen Jazim telah memilih SK Duyong sebagai destinasi lawatannya tahun ini bagi melihat perkembangan dan keputusan anak didik Jazim. Tidak disangka, daripada 6 orang pelajar SK Duyong yang berjaya memperolehi 5A, 3 orang daripadanya adalah pelajar yang belajar di Pusat Tuisyen Jazim.
 
Ustaz Fadly Samin Bersama 3 Orang Anak Didik Jazim Di SK Duyong Negreri Melaka

Ustaz Fadly selaku Pengetua Pusat Tuisyen Jazim berasa bangga dan tumpang gembira atas kejayaan anak didik Jazim. Kata Ust Fadly : "Harapan saya agar semua pelajar ini akan teruskan kejayaan untuk peperiksaan akan datang. Jangan terlalu gembira kerana ini hanya platform pertama pelajar sebelum melangkah ke arena yang lebih mencabar. Buat pelajar yang kurang berjaya, jangan putus asa. Gagal sekali tidak bermakna anda gagal untuk selama-lamanya. Teruskan usaha agar kejayaan akan menyinari anda pada masa akan datang". InsyaAllah, kesemua pelajar yang berjaya ini akan diraikan dalam majlis khas yang bakal diadakan pada bulan Disember ini. Pihak Tuisyen Jazim akan menghubungi kesemua pelajar ini bagi memastikan mereka hadir dalam majlis yang bakal diadakan.

Ust Fadly Bersama YB Datuk Mohd Rani ( ADUN Meru ) Dalam Satu Program Di Klang

Dikesempatan ini juga Ustaz Fadly ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Tenaga Pengajar di Jazim kerana bertungkus lumus bagi memastikan anak didik Jazim ini mampu menggapai keputusan yang cemerlang. Buat Puan Habibah guru Bahasa Melayu yang memang berdedikasi ketika mengajar. Pengalaman beliau selama lebih 30 tahun mengajar dan juga merupakan seorang penanda kertas UPSR serta juga merupakan GPK HEM di SK Telok Mas Melaka telah banyak membantu anak didik di Jazim. Buat Puan Noraini seorang guru Sains di Sekolah Convent Muar juga telah banyak membantu anak didik Jazim dalam subjek Sains. Pengalaman beliau selama 20 tahun mengajar dan penanda kertas telah berjaya membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik pelajar. Terima kasih banyak-banyak. Buat Puan Noor Aisyah seorang Guru Bahasa Inggeris tahun 6 di SK Telok Mas dan juga seorang penanda kertas juga telah banyak membantu anak didik Jazim. Buat Cikgu Huda dan Cikgu Azri terima kasih kerana komitmen anda dalam mengajar Mathematics telah mampu memberikan suntikan motivasi dan secara tidak langsung membantu meningkatkan prestasi pelajar di Jazim. Tak lupa juga buat Cikgu Mahiza, Cikgu Siti Salme dan Cikgu Wan Sah. Semoga Allah akan memberkati segala usaha kalian. Insya Allah...

TAHNIAH SEMUA PELAJAR JAZIM ATAS KEJAYAAN ANDA !!!

Tiada ulasan: