MASJID SELAT - 15 NOVEMBER 2009 : SRA JAIM Tun Razak dengan kerjasama Jazim Motivation Group telah mengadakan Program Motivasi dan Jati Diri untuk para pelajar tahun 5 dan 6 sekolah berkenaan. Program yang diadakan di Masjid Selat Pulau Melaka ini telah disertai seramai 70 orang peserta dan diadakan selama 2 hari 1 malam. Pihak sekolah telah memberi kepercayaan kepada Jazim Motivation Group untuk mengendalikan sepenuhnya program ini.
Menurut jurucakap bagi program ini iaitu Ustaz Nazri yang juga Penyelaras Program : "Ini kali pertama pihak sekolah mengadakan program seumpama ini. Pada mulanya pihak kami tak berani untuk adakan program ini di luar sekolah memandangkan kami tiada pengalaman menganjurkan program-program seperti ini tetapi atas nasihat dan pandangan pihak Jazim, maka hari ini ia menjadi kenyataan. Saya yakin dan percaya pihak Jazim mampu mengendalikan program ini dengan baik memandangkan pengalaman Jazim yang banyak mengendalikan program-program motivasi dan maklum balas positif yang saya terima daripada pihak-pihak yang pernah bekerjasama dengan Pihak Jazim".


Terdapat beberapa aktiviti telah diatur oleh Pihak Jazim antaranya Ice-Breaking, Taaruf Jauh, Group Binding, Group Identity, Kembara Malam, Ceramah Motivasi, Muhasabah Diri, Qiammullail, Bengkel Cemerlang Solat, Percambahan Minda, Riadah, Team Building Dan Solat Berjemaah. Semua aktiviti ini telah dapat dijalankan dengan baik oleh semua fasilitator Jazim yang diketuai oleh Moderatornya iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin. Apa yang lebih menarik, Pihak Jazim ada menjemput Ketua Jurulatih PLKN Dari Kem Asahan iaitu Tuan Mohd Rajaf agar dapat berkongsi ilmu dalam slot khas jati diri bersama beliau. Berikut dipaparkan beberapa gambar kenangan sepanjang program ini dijalankan.
Secara keseluruhannya program ini dapat berjalan dengan lancar dan para peserta amat seronok mengikuti setiap aktiviti yang telah diaturkan oleh Pihak Jazim. Majlis perasmian penutup telah diadakan pada sebelah tengahari hari terakhir program dan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka iaitu Encik Hermain Shah. Turut hadir semasa majlis perasmian penutup ialah Guru Besar SRA JAIM Tun Razak, Barisan Guru SRA JAIM Tun Razak, Barisan Fasilitator Jazim dan semua peserta Program Motivasi & Jati Diri Tahun 5 & 6 SRA JAIM Tun Razak. Para peserta pulang ke sekolah dengan hati yang gembira. Harapan daripada Pihak Jazim agar semua adik-adik dapat mengamalkan segala ilmu yang telah diperolehi sepanjang program berlangsung dan berazam untuk berubah menjadi manusia yang lebih cemerlang pada masa akan datang. InsyaAllah....
TAHNIAH !!! TAHNIAH !!! TAHNIAH !!! TAHNIAH !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan