Merlimau - 11 November 2009 : Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Telok Mas dengan kerjasama Kolej Komuniti Merlimau Jasin dan Jazim Motivation Group Melaka telah menganjurkan satu kursus iaitu "Kursus Personaliti Diri". Kursus yang disertai seramai 100 orang pelajar tingkatan 1 & 2 ini telah diadakan di Auditorium Utama Kolej Komuniti Jasin yang terletak di Pekan Merlimau Melaka. Kursus ini diadakan selama setengah hari bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang serta dikendalikan sepenuhnya oleh Jazim Motivation Group Melaka.
Kursus Personaliti Diri Di Kendalilkan Oleh Jazim Motivation Group ( JMG )
Para Peserta Mengambil Tempat Di Auditorium Utama Kolej Komuniti Jasin Melaka
Menurut jurucakap kepada Kolej Komuniti Jasin ini iaitu Cik Shahrizad, antara tujuan diadakan kursus jangka pendek yang memfokuskan kepada personaliti diri adalah mengharapkan para peserta selepas ini lebih kemas dalam berpakaian, lebih sopan dalam tutur kata dan juga mengenali personaliti diri masing-masing melalui pelbagai cara agar ia boleh digilap menjadi personaliti yang unggul dan bergaya sesuai dengan status mereka sebagai seorang pelajar.
En Azri Selaku MC Sebelum Menyerahkan Majlis Kepada Ust Fadly
Ust Fadly Menyampaikan Ceramahnya Bertajuk "Personaliti Unggul"
Kursus ini telah dibahagikan kepada dua slot iaitu slot pertama : Ceramah berkaitan personaliti unggul yang telah disampaikan oleh Perunding Motivasi JMG iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin. Manakala slot kedua diadakan aktiviti berkaitan personaliti berpakaian yang telah dikendalikan oleh Jazim Group diketuai oleh Saudara Mohd Azri Bin Md Yatim. Dalam ceramah personaliti unggul, Ust Fadly telah menerangkan tentang bagaimana kita sebagai seorang pelajar mahu menjadi seorang yang berpersonaliti sesuai dengan status mereka sebagai seorang pelajar. Ust Fadly juga ada menyentuh secara teorinya berkaitan personaliti mengikut teori barat dan juga cendiakawan Islam seperti Imam Ghazali dan yang paling menarik ust Fadly ada berkongsi tentang personaliti diri mengikut tarikh lahir, nombor misteri dan juga warna. Ust Fadly juga ada menyentuh tentang kemahiran komunikasi dan kemahiran pengucapan awam.
Antara Para Peserta Sedang Khusyuk Mendengar Ceramah Ust Fadly
Encik Azri Sedang Mengendalikan Slot Kedua Iaitu : Inilah Pakaianku
Pelbagai Pakaian Telah Dicipta Oleh Peserta Mengikut Citarasa Masing-Masing
Dalam slot kedua, para peserta dibahagikan kepada enam kumpulan. Tugasan mereka adalah untuk mencari seorang model dan mencipta satu pakaian mengikut citarasa dan personaliti kumpulan tersebut. Maka dapatlah dilihat macam-macam aksi dan personaliti yang keluar saat mereka bekerja dalam kumpulan lagi. Paling menarik, hasil tugasan kumpulan yang perlu dibentangkan. Maka tergelaklah satu Auditorium apabila melihat model-model yang memperagakan baju masing-masing. Ada baju koprat, ada baju tradisional dan yang paling kelakar ada baju robot yang boleh di bawa ke Sembahyang Jumaat. Di sini di paparkan beberapa gambar menarik sepanjang kursus berlangsung.
Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya menarik minat semua peserta sehinggakan mereka minta agar ada kesinambungan tentang kursus ini. Di Pihak Jazim, kami hanya menadah tangan dan menerima serta bersedia bekerjasama sekali lagi bagi memastikan kursus seperti ini dapat diadakan lagi dengan jangka masa yang lebih lama. Terima kasih buat sahabat ayie, faiz, mubarak, syafinas, rawdha dan awiyah kerana membantu dalam mengandalikan kursus ini. Terima kasih juga buat cik Shahrizad dari Kolej Komuniti kerana memberi kepercayaan kepada Jazim dan terima kasih kepada SMK Telok Mas kerana you all memang sporting. Kursus tamat pada jam 1.00 petang dan semua peserta pulang dengan azam baru agar menjadi role model kepada para pelajar yang lain. INSYAALLAH...
CAYALAH JMG !!!! YOU ARE THE BEST !!! CHAIYO JMG !!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan